Total Pageviews

Monday, March 12, 2018

bab nafkah suami kepada isteri dan keluarga

Ini pandangan abg as suami yang kayu dan tak romantik langsung.

WALAU SUSAH MACAM MANAPUN NAFKAH TETAP KENA BAGI

Nafkah itu (zahir atau batin) adalah penghubung dan pengikat hati pasangan suami isteri, andai si isteri merelakan suami tak bagi nafkah kepada dirinya terutama nafkah zahir atas alasan isteri itu mampu tanggung diri sendiri atau nak ringankan beban suami, trust me, si isteri itu telah menambah satu risiko kemusnahan psikologi dalam rumahtangganya kerana lelaki akan pandang mudah bab tanggungjawab dan tak mustahil akan guna duitnya utk orang lain yg tak layak (orang ke tiga (nauzubillahiminzalik)...sebab itu Islam amat menekankan seorang suami utk tetap memberi nafkah kepada isterinya mengikut tahap keperluan wajib yg selayaknya seorang isteri patut dapat walaupun gaji isteri lebih besar atau isteri lebih kaya dari suami kerana nafkah ini penghubung hati dan pengikat rasa tanggungjawab seorang suami kepada rumahtangganya. So betullaa tindakan kamu tu dik...tapi ramaije wanita bodoh bajet suci dalam duniani sebab nak jadi isteri solehah, terus berkorban segalanya, end up suami curang juga akhirnya sbb rasa mudah bab tanggungjawab kerana ada org sayang gila bodoh level membuta tuli 7 petala bengap dekat dia...itu bukan isteri solehah tapi itu isteri bodohah...isteri solehah itu ialah isteri yang bijak memainkan peranan dalam rumahtangga, yang sentiasa berusaha penuhkan ilmu dan kefahaman bab tanggungjawab dia as ibu dan isteri dan hak dia dalam rumahtangga dan ilmu tanggungjawab suami serta tahu batas ketaatan kepada suami, isteri solehah bukan seorang isteri yang menyerahkan segala2 kepada suami, bila suami buat hal, curang, berzina atau culas nafkah terus terima segalanya dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sebab:

" Akak redha dik, dah bahagian akak, akak tak nak anak2 kehilangan kasih ayah kalau kami berpisah."

Oh Allah, kebodohan apakah ini? Padahal suami tu kaki zina dan kaki dosa macam2 yg tak layak dibuat imam untuk wanita itu dan anak2nya pun, dan tak layak dijadikan ketua keluarga mahupun contoh pemimpin teladan kepada anak2nya sekali pun...hish,

Abg ni kenal sangat kaum abg ni dik...sebahagian besar lelaki bergelar suamini kalau isteri lepaskan kewajiban suami beri nafkah samaada melalui kongsi belanja dgn isteri atau isteri tanggung diri sendiri, lelaki akan ambik mudah dan buat tak endah bab tanggungjawab atau sesuatu kewajiban nafkah dia kalau dia rasa ada org back up atau cover kewajiban memberi nafkah dia...

Bila suami curang akibat isteri yang terlebih pemurah dan redhakan suami tak bagi nafkah dan tak jalan tanggungjawab kewangan keluarga, jangan salahkan Allah SWT atau takdir kerana itu salah isteri dek kebodohan si isteritu padahal jalan untuk bahagia itu jelas mengikut apa yang Islam tetapkan. Tanggungjawab memberi nafkah dalam rumahtangga tetap suami bukan isteri ye...haish...geram sungguh kalau ada para isteri macamni...

Jangan beralah sangat bab nafkah takut nanti tempah madu je...kerana bila suami berasa dia mampu dan duit banyak dan suami tak tahu nak guna ke mana lagi sebab isteri dah mampu tanggung diri sendiri, so dia akan rasa bebas dan mudah nak belanja sesiapa saja termasuk wanita murahan di luar sana, dari belanja kecik2 terus belanja kahwin ke dua dan selamanya jadi bebanan baru dalam rumahtangga, wahai para isteri, baiktu biarlah bertempat, jangan bajet suci sangat...hati2ye


Ariffatri Bin Mohammad Orked Ayu sebabtu bila kita ikut apa yg Allah SWT dah tetapkan dan aturkan bab tanggungjawab nafkah, di situ akan dibuka pintu rezeki, asalkan suami menjalankan kewajiban dia dan tak mengharapkan isteri semata2...kalau setakat isteri top up mana tak cukup bila suami dah keluarkan semua belanja tu oklaa tapi bukan selalu, hanya bila diminta, dan bukannya sampai isteri terus offer diri redhaje suami tak bagi nafkah atau tak cukupkan nafkah rumahtangga dan anak2, isu nafkah ni amat sensitif sebab penekanannya akan menentukan keberkatan rezeki dan kecukupan rezeki itu kerana itu perintah Allah SWT. Saya ni Ayu, kalau Atun nak offer guna duit dia atas apa2, saya terus cakap dan akadkan sebagai Hutang dan perlu saya bayar melalui Atun tuntut sentiap bulan.... Mmg saya tetapkan macamtu... Tak beranila...

Kena ingat ye, sekali suami makan duit isteri tanpa adil, suamitu dah tutup banyak pintu rezeki...sebab apabila berkahwin sahaja seorang Lelaki Muslim itu, maka Allah SWT membuka satu pintu rezeki utk dia melalui isteri dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami... Dan bila dapat anak dari perkahwinan itu, setiap seorg anak akan ada pintu rezeki masing2 asalkan suami itu tak culas memberi nafkah dan sedar rahsia rezeki Allah SWT melalui keadilan dan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga dan suami... Ingat senangke jadi suami...

Kalau dia poligami, lagi tambah beban tanggungjawab dia untuk ditanggung, sebab tu ayat poligami Berkahwinlaa 2, 3 atau empat tapi kalau tak mampu, cukuplah satu... Ayat itupun tak menggalakkan poligami namun membenarkan berkahwin lebih dari satu sehingga 4 jika mampu, kalau tak mampu tapi tetap buat, tunggulaa khifarahnya dari Allah SWT, yg sakiti hati isteri cara tak adil lagilaa susah nak berkat hidup, inikan pula yang tak adil bila poligami... So better jangan poligami sebab tak mudah, lebih banyak keburukan dari kebaikan... Kalau tak mampu, pasti lagi datangkan mudarat adalah, sebab kasih sayangni bukan mudah nak dibahagi, anak2 lagi... Tambah lagi anak2 masih kecil yang perlukan kasih sayang ayah mereka... Kalau anak tak cukup kasih sayang dan didikan sbb ayah poligami... Semua itu akan dipersoalkan...dan antara sebab majoriti lelaki masuk neraka kerana perempuan ialah kerana gagal adil dalam poligami termasuk adil dari segi kemampuan...tak de penyakit cari penyakit... Kalau seorang lelaki itu tahu betapa dasyatnya setiap suami disoal tentang setiap tanggungjawab yg dilaksanakan didunia bila diakhirat kelak... Pasti tak de siapa berani nak poligami... Sebab umpama tambah beban pada diri dan risikokan amalan bekalan akhirat takut tak mampu support diri di depan Allah SWT. Macam org bekerja, gaji sama kalau satu kerja... Tapi dia tambah dua kerja dengan gaji tak naik dan tak berubah, tapi tanggungjawab bertambah dan kesukaran kerja itu juga bertambah... So cedik ke atau bodohke tu? Poligamini kalau suamitu tak mampu tapi buat juga hanya akan bahagia di duniaje... Diakhirat nanti baru tahu langit tu Tinggi atau rendah... Ada org pernah offer saya poligami.. Tapi saya cakap, "tak de masa dan kerja pula aku nak ulang alik dua rumah setiap selang seli... Buat penat dan bebanje... Malaslaa nak tambah beban hidup... Cukuplaa satu, asalkan dah penuhi tuntutan agama bab kahwinni..."

Wednesday, December 26, 2012

KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN SOLAT


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM RABU BUAT SEMUA...

hari yang keseterusnya untuk bekerja, RABU BLUES, but ambe dah tak rasa yang Blues tu, ambe rasa yang whites sajeeeerr....tak gitu? maklumlaa...excited menunggu hujung minggu, BALIK KAMPUNG....to sahabatku Irwan Arma Idris, minggu ni giliran i pulak main air banjir....muhahhhaha

Harini dengan perasaan ting tong sikit dan excited sikit, seawal 5.30 pagi, ambe dah ngadap Notebook merun ambeni, terjaga awal setelah termimpi, ambe berjumpa dengan ayah ambe, ambe salami dan cium pipi dan dahi ayah ambe, bila terbangun, mula terfikir, apakah makna mimpi ambe tu...hopefully ayah ambe sihat, dipanjangkan umur dan dikurniakan rezeki yang halal serta sejahtera selalu, diberkati dan diredhai...but hati ambe yang selalu kelam dalam pemikiran yang macam roller kosterni, terasa something je....

Well, tengah2 surfing internet tadi, terjumpa satu artikle..


 

Kisah Komander Korea Selatan Masuk Islam Kerana Fadhilat Solat

Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan pengaman PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, beliau sering mengamati orang-orang Muslim bersolat berjamaah di Masjid.

Kebetulan markas pasukannya berada dekat dengan masjid. Dia sangat hairan dengan gerakan-gerakan solat tersebut. Oleh kerana ingin tahu, beliau mencuba meniru seluruh gerakan solat dan mempraktikkan di biliknya secara sendirian. Ketika mempraktikan itulah dia merasakan ada ketenangan dan perasaan damai yang hadir dalam hatinya.


Itulah sebabnya, pergerakan solat tersebut kemudiannya dijadikan program meditasi dalam pasukan yg dipimpinnya (disamping Yoga), dan ternyata sebahagian besar anggota-anggotanya setelah melakukan gerakan-gerakan solat tersebut, mereka merasakan perasaan yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada anggota-anggotanya, beliau berkata : Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya tersebut, dan cahaya itu adalah Islam. Tanpa di duga, secara spontan 37 anggota bawahan yang dipimpin olehnya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandan mereka – juga untuk memeluk Islam.

 

Betapa besarnya fadhilat solat kan...sebab tu org tertua di Malaysia suatu ketika dahulu, menyatakan antara rahsia dia umur panjang dan sihat walafiat ialah kerana solat....infact, ambe sendiri as 10 years experience in YOGA, ambe akui, 100% gerakan solat adalah gerakan yoga, dan untuk membuktikan dakwaan ambe itu, ambe boleh namakan dalam bahasa sanskrit yoga, setiap gerakan Solat tersebut, bermula dari berdiri tegap sebelum tak bir (preparation by standing tadasana) mengadap kiblat, rukuk dalam yoga ialah Ardha Uttanasana (forward bend), sujud pula Balasana (chiled pose - gerakan kerehatan), duduk antara dua sujud (Vajrasana atau Virasana (hero pose)) malah in fact, melipatkan jari kaki ketika sujud itu pun gerakan yoga terbaik juga iaitu Padangguli Naman, apa yang penting sini, ambe bukanlah nak nyatakan bahawa solat itu tiru yoga or yoga itu tiru solat, cuma apa yang ambe nak tekankan, kepentingan solat dan kelebihan solat itu sendiri, sebab tu ambe kadang, dalam kelas ambe, ambe akan selitkan praktis gerakan solat , yang ambe dapati jika dibuat mengikut teknik yang sebenar solat, lengkap dengan bacaan perlahan, dan slow, serta tomat ninoh, serta positi badan otot dan tulang yang betul2 mengikut teknikal solat asal, kesannya amat mengagumkan dengan mengambil kira gabungan teknik pernafasan yang betul...(see my pose on Note:https://www.facebook.com/notes/ariffatri-al-insaf-mohammad/kompilasi-aku-dapati/10150429672688566 Aku dapati) itu baru sedikit, malah banyak lagi yang boleh diexplore...ambe wish to do a presentation on kelebihan gerakan solat untuk kesihatan...

Yang pasti, bila terbaca article tentang tentera Korea masuk Islam tu, ambe berasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam sejak kecil dan sejak kecil didedahkan dengan solat, cuma ambe sedikit kecewa, ambe malah kita semua tak didedahkan dengan kebaikan SPESIFIK setiap gerakan solat menyebabkan lama juga ambe berkeadaan selalu lagho dalam solat, apa yang ambe tahu, baca je bacaan solat tanpa menilai dan menghargai setiap masa2 penting gerakan solat tersebut yang ternyata, kalau berdasarkan semua firman Allah SWT dalam Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW kita dalam sunnahnya.. tentang cara bersolat itu sendiri jelas menunjukkan kebaikan yang Agung yang dikurniakan oleh Allah SWT. yang Maha Agung itu....kebaikan yang Agung dari Yang Maha Agung....sedihkan ambe ni, teringat time sekolah agama dulu, kalau bab ilmu ibadah, takde pun diajar kelebihan gerakan solat, yang ada, ajar ngafal bacaan solat dan maknanya, janji buat, yang diberitahu, kalau tak buat berdosa besar, malah, ambe rasa bukan semua tahu dan ingatpun setiap makna bacaan solat tersebut pun hingga tua dewasa remaja purbakala, malah, ambe rasa, kemungkinan juga, ambe banyak kali lalai dalam solat ambe sendiri, sebab dulu tak tahu nak hargai setiap makna dan kelebihan dalam setiap saat dan gerakan solat itu, teknik dan cara yang sepatutnya dan sebutan dan bacaan serta nafas yang sepatutnya....malah kadang2 ambe rasa, solat ni umpama habit yang wajib di lakukan....betapa kejamnya hati ini, dan mind set ini, sebab time ambe berfikir macam ni dulu ambe tak tahu, dan bodoh....VUDUS DAN AL BAHLUL...yela...fikir benda tak sepatutnya...(minta ampunlaa kalau ambe silap)... but kini, bila dah tahu, ambe dah ubah mindset negatif itu...regard Solat sebagai among the best Gift from Allah SWT. yang wajib di lakukan jika kita Umat Islam.

In fact pemakaian wangian yang disunatkan ketika solat itu pun merupakan salah satu therapy aroma, dan bila solat dilakukan dengan sempurna, dari posture, pernafasa, dan bacaan yang perlahan serta tomatninoh yang betul, setiap nafas yang disedut secara perlahan akan menyebabkan kita lebih tenang dan lebih kusyuk, actually , ambe perasan ini bilamana mencubanya, walau kita sendiri kadang tak terbau sangat apa yang kita pakai, tapi kalau solat berjemaah, if semua pakai bauan, dan org sebelah kita pakai kita pasti dapat bau tersebut, dan seriously bau tersebut jika di baukan secara betul mengikut teknik nafas tertentu, ia dapat membantu kekusyukan dan ketenangan, sebab tu kalau dalam meditasi yoga, digalakkan ada bauan setanggi dan wangian....trust me kesannya amat baik untuk minda....

Well, apa yang pasti, itulah sharing ambe untuk pagi ni, terasa senang hati dapat meluahkan apa yang terbuku, asal bangun pagi adaje isu yang datang untuk dikongsi, thanks semua sebab sudi mendengar celoteh yang umpama ngigau si tua ini....

Apa yang penting:

SEMOGA ALLAH SWT. SENTIASA MEMBERKATI DAN MEREDHAI KITA SEMUA SEPANJANG MASA WALAU DI MANA KITA BERADA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT...

AMIIIIINNN

Tuesday, December 11, 2012

ISTERI IMPIAN









MENGIMPIKAN

PAGI tadi ketika fast walking aka. jogging dengan my Makteh dekat Tasik Metropolitan Kepong, sempat makteh ceritakan tentang seorang isteri kepada salah seorang saudara mara kami yang menyebabkan makteh kagum sangat...walaupun bertaraf menantu tapi sejak disaksikan makteh apa yang dia buat menyebabkan makteh respect dia hingga kini....

 


Suatu ketika dahulu time hari raya, kami sekeluarga berkumpul....then begitu juga ada di kalangan sanak saudara yang turut hadir sama, termasuklah pasangan suami isteri ini dan anak-anak mereka dan ibu mereka yang sudah agak tua, kalau anak2 my sis akan panggil moyang....

then bila tiba time makan, si menantu ini bertanya kepada ibu mertuanya bila tengok ibunya berhenti makan walaupun dalam pinggan masih bersisa,
"mak dah selesai makan?",
then si ibu mertuanya jawab,
"mak tak habis makan",

then dengan selamba, si menantu tadi ambik pinggan ibu mertuanya dengan sisa makanan ibu mertuanya, then dia minta izin,
"Mak, biar saya habiskan makanan makye",

my makteh perhati je dengan terkejud, then si menantu tadi panggil semua anak2 dia dan semua termasuk dia makan sisa makanan dalam pinggan ibu mertuanya dengan tidak lupa berpesan kepada anak2 dia,
"makanlah makanan bekas nenek ni sebab makanan ni berkat ni"
....then semua anak2nya makan makanan tu...

 
aku yang cepat feeling2 dan kadang terlebih sensitif ni hampir menitiskan air mata lagi.....(baru pagi tadi nangis sebab tengok video islamik dekat youtube, now nak nangis lagi sebab dengar cerita my makteh, hmmmm tak lama lagi jadi Raja Air matalaa nampaknya diri ini)....

Ya Allah, beruntungnya saudaraku itu kerana dikurniakan isteri yang begitu mulia sifatnya....

no wonderlaa selalu aku perhati anak2 kepada pasangan suami isteri itu amat taat, dan zuhud serta bahagiaje hidupnya..rupa2nya rahsianya adalah kesolehan ibunya sebagai isteri dan ketaatan suami isteri itu juga kepada ibubapa mereka samada kandung mahupun mertua......

dan pembalasan Allah SWT kepada hambanya yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya adalah bermula di dunia lagi....dan aku telah menyaksikan banyak bukti yang menunjukkan janji Allah SWT berkaitan balasan terhadap anak2 samada yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya memang benar belaka dan menjadi kenyataan....dan sesungguhnya setiap janji Allah SWT itu benar, dan nyata semuanya...dan dialah Allah SWT yang Maha Menepati janji...

di sini, aku bukan nak compare sesiapa, cuma nak berkongsi perasaan kagumku dan syukurku di atas kebesaran Allah SWT yang ada disekelilingku....aku berdoa semoga si isteri dan suaminya serta anak-anaknya itu sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT serta sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia dan di akhirat....

 
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....AMIIIINNN

Sampai Syurga