Total Pageviews

Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009: Tahun yang Penuh dengan Ujian dan Dugaan....huhuhuhu

Tahun 2009, semakin melabuhkan tirainya.
Today i am going to be 29 years old by year for the last day, esok aku akan berusia 30 tahun.
Tahun ni penuh dengan kesedihan. dari kematian yang dialami di seluruh dunia sehingga pengalaman hitam yang amat menakutkan dan menyentapkan jiwa.
Kalau di luar sana, orang bercakap tentang kematian Micheal Jackson, Ustaz Azhari Rabbani, Pelakon Drama Syukri Hashim, malah juga kematian mengejud Pengarah tersohor Yasmin Ahmad, di sini aku sendiri tidak kurang juga dugaan yang aku alami. Bagiku tahun 2009 adalah tahun yang penuh dengan dugaan bagiku yang betul-betul menguji keimanan dan jiwa dan ragaku. Aku harapkan agar Allah memberi lebih banyak hikmah, kebaikan dan rahmatnya di tahun 2010 ini dan tahun-tahun akan datang.
Dari awal tahun kereta Wira SE aku kena curi dan pada masa ni aku terasa juga seksanya tanpa kenderaan untuk bergerak ke mana-mana tambah lagi time tu tengah kursus PTD DPA, then telefon aku pulak kena curi Sony Erricson P1i, payment 0% interest tak habis/settle lagi (January 2010 selesaila), then free je aku bayar bulanan tanpa hp tu, next aku beli Hp Nokia N6400 berharga dalam RM600 ++, ada kamera dan sebagainya. memang cantik. nampak simple tapi comel dan elegent pada mata aku. then during satu meeting, aku dah tertinggal Hp atas meja meeting time pergi discuss dengan salah seorang senior aku. sampai balik bilik aku baru aku perasan aku tertinggal hp, bila pergi semula ke bilik tu ternyata dah tak de....puas aku tanya kawan2 dan pekerja yang ada dekat level tu, tapi semua jawab tak de. huuhuhhuu, memang dah takdir aku ....(tengoklaa pic kereta Wira SE (contoh kereta) yang sama dengan aku, dan Hp P1i serta Nokia N6400 sebagai contoh):


Lebih kurang macam contoh di atas nilaa keadaan kereta aku time before dicuri cuma tayar dia warna putih sebab aku tukar sebelumtu kerana rim proton sebelumni dan bengkok (kata mekanik kedailaaa).

Disebelahni pulak contoh hp Sony Ericcsson P1i aku yang hilangtu, siap dengan pen lagi..... dengan kata lain dicuri time aku tertidur dalam surau time kursus. rasa blur jugak aku time tu.


Ini pulak Hp Nokia aku yang kena curi tu Nokia Hitam 6400 tapi aku just jumpa contoh dari Nokia 6300, sebagai contoh since bentuk serta rupanya sebijik macam hp aku yang kena curitu...sedih nye.....
Time ni juga aku suffer pergi office tanpa transport, bangun seawal 4 atau 5 pagi dan bersiap ke office awal untuk kejar bas pukul 6.00 pagi. Sedih sangat, terkejar, perjalanan ke pejabat kala dengan kereta hanya mengambil masa antara 5 hingga 20 minit menjadi lebih kurang 2 jam lebih. penatnye hanya tuhan yang tahu, dengan peluh malah sebagainya. Bayangkan aku ambik bas dari rumah aku ke Masjid Jamek untuk kejar putraline (kereta api bawah tanah) ke KL Central pukul 7 pagi atau seawal mungkin bagi membolehkan aku naik bas ke Jalan Duta pukul 7.15, memang berpeluh laa pagi tu...sungguh penat dan tak selesa. time balik office pun sama aku terpaksa bergegas untuk kejar bas paling awal di bustop jalan duta. Then kena berdiri pulak sampai Masjid Jamek (kalau nasib baik dapatla seat kalau tak berdirijelaa aku)sampai masjid jamek pulak terus berkejar ke Central Market untuk ambik bas balik rumah....lama jugak perjalanan dengan jem dan sebagainya. hampir lebih kurang 2 jam juga. Ya Allah hanya kau yang tahu perasaan ku.
Kereta aku ditemui semula pada bulan April dan time balik kerja di MITI masih dalam pembaikian. dalam pertengahan bulan June baru aku dapat balik kereta aku. masa time jumpa tu amatlaa menyedihkan, semua spare parts hilang, yang tinggal cuma badan, cermin dan enjin. tayar aku semua jadi tayar ganti. geram dan sakit hati juga. aku sedih since aku kasihan dengan kereta aku tu. then nak kena settle lagi dekat balai polis Dang Wangi. Thanks buat semua pegawai polis Dang Wangi yang banyak membantu memudahkan dan melegakan hatiku yang lara ini.
Tahun 2009 juga aku dapat offer ke Cross Firtilization (bagi aku sesuatu yang amat baik dalam tahun ni) di MATRADE , aku join laa Alhamdulillah sebab aku dapat balik dah kereta aku time ni start 31 July hingga 31 Disember sepanjang program ni aku dapatlaa ke Matrade bertugas dengan kereta aku... kalau tak de kereta nyanya jugak tu.....tapi aku tahu dan Pasti Allah S.W.T tidak pernah meninggalkan aku. malah Allah S.W.T membantuku dalam ujiannya, dipermudahkan perjalanan hidupku. Ketika ini sehingga sekarang, aku hanya mengharapkan keberkatan dan keredhaannya.
Time dekat Matrade ini aku pakai Hp RM95 je sebab dah serik pakai Hp mahal takut hilang lagi, ibuku dah banyak kali nasihat "berjimatlaa, tak perlu pakai Hp mahal2 sebab membazir" dan sejak kejadian hilang 2 hp sebelum ni tu aku dah nekad tak nak beli lagi hp baru. Tapi suatu tengahari time dekat MATRADE, aku, Diran, Kak Wan Haniza dan Kak Bahya (all antara kawan-kawan rapatku di MATRADE) kami telah pergi ke Pertama Kompleks untuk beli barangan untuk telefon Diran, sampai di suatu ruang dalam kompleks tu kami terpisah dan aku berjalan sambil tanya-tanya harga telefon sehingga sampai ke sebuah tempat jual Hp, aku seolah-olah dipukau untuk membeli. Kedai tu cakap Hp sony Ericson G700 yang dijualnya adalah original dan aku seolah2 macam ringan bagi kad kredit aku, dan aku beli dengan harga RM730 ++, konon diberitahu harga tu dah diturunkan then bila aku balik ke office aku cek dalam laman web harga hp, rupa-rupanya harga tu adalah harga biasa hp yang ada di pasaran. sakit hati aku. Infact, time balik bercuti ke kampung aku baru2 ni dari 17 hingga 23 Disember, aku tukar hp aku dengan adik aku (macam jualla walau aku tak ambik duit), tapi aku tak kisah sebab adik beradik, cuma yang aku sakit hati, time aku pergi cek hp aku dekat kedai, tuan kedai beritahu hp aku adalah tiruan atau dengan nama lain AP, memang menyirap aku geram, aku marah dan kecewa sangat. tu penat tu....thats why kalau nak dikira tahun 2009 memang tahun yang amat menyedihkan aku. terasa pedih....
(Nanti aku upload pic Sony Erriccsson G700 AP akutu....huuhuhuhu)
Tahun ni juga aku diseram sindrom loneliness yang agak teruk juga, kesepian dan terasa keseorangan. nak cari pasangan aku ni bukan senang nak bagi komitmen, bagi aku aku suka bebas dan free. tapi ada ketika alangkah baik nye kalau ada seorang wanita yang menjadi suriku. sedih pun ada malah kecewa pun ada dengan diri sendiri.
Ada beberapa lagi perkara berlaku yang aku tak dapat nak cerita kat sini sebab terlalu sensitif dan menakutkan. malah aku dah agak penat juga dalam mengharunginya. hanya doa dan harapan dapat ku tadahkan agar Allah membantuku dan melindungiku dari segala bala bencana dan kesan buruk malah keburukan dari segala yang berlaku. Aku sedar dari setiap yang berlaku merupakan peringatan buatku agar lebih hati-hati dan tawadduk serta tidak melupakan dia di atas sana iaitu Allah S.W.T.
Selalu juga aku berdoa agar Allah sentiasa memberi peluang kepadaku dalam memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa. Apa yang aku harapkan kini adalah keberkatan hidup serta rahmat dan keredhaan Allah S. W.T. ke atasku, juga ke atas ahli keluargaku malah semua orang disekelilingku yang sentiasa menyokongku selama ini.
Di dalam setiap kesilapan malah dosa yang aku lakukan hanya satu yangku harapkan, peluang dari Allah untuk aku kembali memperbaiki diri. Niat aku di tahun 2010 ini adalah untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan amal ibadah dan amalan kebaikanku yang aku rasakan begitu sikit selama ini, malah aku akan lebih berhati-hati di dalam melakukan sesuatu. semoga Allah mengabulkan doaku dan mengasihiku, memberkatiku, meredhaiku serta mencintaiku dengan lebih lagi. Melindungiku dari segala keburukan serta tidak mengujiku dengan ujian atau perkara yang aku takuti dan sentiasa mengurniakanku kebahagiaan dan kesejahteraan hidup serta rezeki yang murah dan rahmatnya yang melimpah ke atasku untuk aku lebih bersyukur dan memulakan hidup baru di tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang.
Kesimpulannya, tahun 2009 walau pun penuh dengan ujian dan pengalaman yang bagiku agak menakutkan, tahun ini banyak menyedarkan aku dari dosa dan kesilapanku selama ini, tahun 2009 ialah juga tahun yang menginsafkan dan di tahun ini aku dapat merasakan erti cinta tuhan iaitu Allah S.W.T.
Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah serta bantulah hambamu ini dalam meniti kehidupan ini setiap masa samada dulu, kini dan akan datang, semoga aku, ibubapaku, ahli keluargaku, kawan-kawanku serta sekalian umat Islam yang beriman sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmatnya yang Esa....Amiiinnnn.....
Ya Tuhan, Ya Allah.....

Wednesday, December 16, 2009

The House of Mine (Rumah Sewa okay)



WELCOME TO MY HOME....Rumah sewa aku dekat Taman Aman Putra, Jinjang....cantik tak...verynye the hijau...hahahaha....masuk je terus nampak koleksi warna wall papaer dan border malah survenour aku dekat atas rak kasut.



Atasni pic sebahagian ruang tamu.....tuan rumah dan aku try combinekan konsep bali dan padang pasir....hijau dan sejuk mata memandang...untuk curten just guna yang nipis je....

kerusinya kayu sebab senang nak dialih dan tak payah nak bersih teruk2....



Nilaa pic rak kasut rumah aku...survonir kawin kawan2 dan labu sayung pun ada...siap dengan bunga orkid lagi.....tak tahulaa nak kata cantik atau tak.....



Ni pulak meja makan rumah aku...simple kan?
aku jarang guna sebab species aku makan atas lantai je, ikut sunnah katanya....meja ni buat cantik je....aku guna meja ni kalau ada kawan2 datang dan aku masak (spagetti atau meggi je) untuk di jamu...nak masak benda lain yang heavy2 aku tak reti....





Atas ni pulak ruang sebelum masuk dapur...ada cermin berbilang sfera...cantik tak? cermin ni tuan rumah aku laa yang pasangkan...pandai kan ....gerbang ke dapur di hias dengan bunga ros putih berselang...nampak romantik tak? tetiba berangan ada di taman....



Atas ni keadaan struktur rumah sebelum masuk ke dapur.....menarikkan? yang penting kemas simple dan tak nampak serabut.





Ni pulak pic of another part of ruang tamu....guna just kerusi biasa...patung angsa tu tuan rumah aku punya....dan segala perabut...yang penting aku maintain kan je (pecah rahsia)....



Finally keadaan dalam rumah sewa aku...cantik kan? bertuah aku dapat tuan rumah yang baik....Thanks abang Syidin....































The Malaysian International Fashion Week 2009....aku ada kat situ okay...


Kenal tak siapa pelakon di atas....? aku tak ingat namanya tapi yang aku ingat drama budak-budak Affie dan Abah, mak si Afie tulaaa.
heheheh..tetiba aku proud.....

sini aku nak share pengalaman aku di Malaysia International Fashion Week 2009, peerrghhh...hampir seminggu aku tak masuk office, penat jugak..jadi one of the urusetia bagi pihak MATRADE. tapi sempatlaa jugak aku melaram....jumpa ramai artis....



atas pulak peragaan fasyen...aku ada jugaklaa tertarik dengan seorang model rusiani..cantik sangat....lupa.lak nak bergambar dengan dia...huuhhhu



Gambar atas ni pulak time bertugas menjaga incomming buyer mission dari Uzbect .....yang paling challenging ialah time nak bercakap...since semua jenis tak reti bahasa...(bukan yang negatif ye sebab yang aku maksudkan...masalah bahasa k)...they olz baik jewww



cantik tak pakaian diaorang....




Kat atas ni pic Kak Jim, bos aku time dekat MATRADE nilaaa.....bergambar dengan Mr Mohamad Abu Tarbus...businessman Jordan ...ramah yang teramat sangat...



ni pulak giliran aku...nyesal aku bakai baju ni....nampak gemuk since time ni badan aku naik sikit..(sekarang dah okay dah...)...


tujelaaa yang aku nak kongsi kat sini.....tak banyak sangat yang dapat aku rakam since masa tak de...but i enjoy my self there....

In Memory: Kursus Insuksi Khusus...Love Them

Jangan marah and even don't blame me if i said, i love the course that i've been through last month...(see the date)....thanks sangat kepada HR MITI aku.....to let you all know, kat bawah ni adalah name tag aku...boleeeeiii time masuk dewan, benda pertama yang diuji ialah, cari nametag sendiri di kalangan staff so that boleh berkenalan, then aktiviti seterusnya ialah interview rakan....

Seronok jugak, bab interview rakan ni, aku dapat Veeky, so tak sukar sangat sebab Veeky memang dah rakan aku...so aku just kena lukis je rupa Veeky...(sayang aku tak masukkan sini) lupa nak ambik gambar laaaa lukisan aku...kalau tak boleh share...
Pendaftaran, hari tu aku memang excited sangat since diberitahu kawasan tu dekat dengan pantai, lama jugak aku tak ngadap laut since stay KL....i miss beaches...huuhhuhu....bila sampai jewww terharu sangat rerasanya....sampaije terus register....aku ingatkan dapat pilih bilik, tetiba dah ditentukan..aku sebilik dengan staff MITI Putrajaya....ayyoo...tak kenal laaa....tapi lama2 aku okay jugak..baik abg tu....tak rugi stay sebilik dengan penghuni yang aku tak kenal...dapat jugak aku berkenalan...
Kat bawahni pic time tengah aktiviti merentas halangan...yangni time belajar buat simpulan tali (yang mana aku dah lupa namenye but seronok). then kami kena masukkan air dari botol mineral 500 ml kedalam botol mineral lain yang kosong dengan menggunakan getah....macam2 karenah, muka masing2 merah dok tahan geram kepada kawan2 yang terperasan , aku tergelak je dalam hati..nak tengok air muka rakan2....boleh tahan masing2 tahan geram....seronok..kat sini memang menguji kesabaran.....

Ini simpulan guna badan dan masukkan tali guna badan...macam mana tah...yang pasti group aku tak sempat nak completekan sebab masa yang limited since kitaorang ni memang dari pagi dah start lewat....(salah sendiri)

Ini main tali lagi, yang penting baju tu cantik k

Yang ni pulak aktiviti mengimbang badan, time ni tengah diterangkan oleh facilitator...

Memang sukar sangat sebab semua kena balancekan selama 5 saat tanpa jatuh di kiri kanan....graviti kena balance...

Bawahni pulak gerombolan group aku....semua boleh tahan sporting jugak....

Ini pulak time aktiviti membelitkan tali lopia pada dua tangan dan cuba lepaskan...yang pasti aku bukan jadi membelit dah..terus terbelit2 sudah....partnjer aku malam tu adalah Azlan Kewangan....

Bawah ni pulak, tag nama aku atas meja...terasa glam pulak

Sorry, pic tak clear, ni pic sebahagian kakitangan HR MITI...they olz laa yang bertungkus lumut dalam kursus ni....semua masuk dari training unit hinggalaaa ke bahagian kaunseling...yang penting semua sporting

Ini pic aku dengan Zakuan....tengah dalam aktiviti berebut petak....hadoi...pancit aku kena tolak...yang penting sempat posing tu

Ini lagi satu dalam aktiviti yang sama.....

Ini pulak time tengah bukak parlimen dekat dewan makan...semua batch satu DPA aku...yang menunjuk jari tu adalah Siti Arfah...diva tu jangan tak tahu...entah sapa laa yang kena cucuk tu....yang senyum manja tu Miss Liew dan yang ala2 tengok jeww tulaaa Veeky....(cantikkan diaorang)

Siti Arfah memang tengah serious tu..yang penting kuih depan dia dah habis (korang faham2jelaa sapa yang makan)

Yang ni pulak another sesi parlimen...dengan Veeky(Ratu Kuat Semanagat), Dalilah (ratu Redah), Salizan (Ratu Gigih) dan Mulyati (Ratu Aerobik)....
nampaknya sidang tengah hangat....

Apapun, pengalaman dekat Kursus Induksi Khusus yang baruje selesai baru2 ni tu adalah antara pengalaman yang terindah aku...

Tuesday, December 15, 2009

The Twilight Saga

A movie that open my heart toward a new dimension of love, not to say berangan, but it is just part of my definition about live need to be redefine, how?

It is not about the typical love cases that matters in the movies, but how the relationship shall be...most people or maybe majority of them think when we fall in love, everything doesn't even matters, but after seen that movies i believe the perception that i have over the love has changed to a more sophisticated one.

Here i believe to love someone means you have to bare with the consequences (typical) but in other way around, i need to redefine the condition (supposely), defining the meaning of it will control over my feeling toward someone that i have felt for. Beside giving me more time to think the rationality of that love.
Some people measure that love should come with unconditional rules, but now i need to make sure, what kind of the unconditional rules that me myself regards for. Just a measure of thinking and perception of it or it is a compulsory reason for someone to know or rely on before starting to involve in this madness and crasy feeling.
The Question:
  • Do I need to put condition over my love to someone?
Looks, Behaviour, Chemistry, rich, poor, looser, whateverrrrrr...bla bla bla......
  • Am I deserve to be loved or be inloved with someone?
  • Do I need to follow the Team Jacob on the love wise or team Edward vise verse?
  • Is it called love if it arise from:
  • 1. First sight (Bella and Edward)?

  • 2. Always being together and get closer (Bella and Jacob)?


Some of my friend ask me in The Twilight Social Website, which team you choose, Team Edward or Team Jacob. Fuuhhhh, so many typical points to consider before choosing, this is not a measure about the movie line themselves actually, it is the measure of how I define the love between both couple, the rationals and the justification. To tell about the story maybe like reapeting the same thing all over again, but to express my perception about the love line that been expose in there. That is the best thing to do....So how...... To Be Continued......

Sampai Syurga