Total Pageviews

Tuesday, June 24, 2008

Bulan July 2008

Lama tak update blog, sorry u olz....
kalau nak tahu....
Tuff bulan ni rasanya,
aku nak renew road tax lagi, adik lelaki aku yang ke 5 pulak nak sambung study dekat Mesir lagi dan nak raya ...scary....semua perlu duit...tapi sesekali gunakan duit untuk family aku puas dan senang hati, walau untuk diri sendiri aku sesak.....entahlaa berkat kut...gittuuuu
Adik lelaki aku yang ke 5, si Faez, yang SPM tahun lepas (2007) dapat sambung Medic dekat Alexandra University di Kaherah, Mesir. Heran aku, mak aku benarkan pulak adik aku further sebab adik aku yang ke 4 (budin) yang ambik

SPM 2005tu, mak aku tak bagi pulak bila dia dapat sambung Medic dekat Gajah Mada, Indonesia, Jordan dan Rusia, siap boleh pilih dan ditanggung lagi....aku yakin kali ni time faez ni pasti sebab bapak2 sedara dan mak sedara aku masuk campur, pujuk, sebab macam pak teh aku cakap, Sayang tau, bila anak2 perform excellent dalam pelajaran dan dapat sambung oversea, tapi mak aku tak bagi sebab bimbang....mungkin kali ni mak aku bagi sebab Mesir kot....

Adik beradik aku ada 9 orang, mak aku start jadi ibu tunggal tahun 2005 bila bapak tiri aku meninggal sebab kanser otak, abg aku kerja Pegawai Bank, kakak aku kerja Lecturer, aku PTD baru kenal dunia, adik pompuan aku (Kak Payah) suri rumah sepenuh masa walau graduate UM-dah kawin anak sorang, nama anak Fazlin Zaralisa (verynye the gedik punya nama), adik pompuan aku yang ke tiga (akmal) sedang dok perabis KPLI lepas tamat chemical Degree dekat UKM, adik lelaki ke 4 aku di Budin dok ambik course Penternakan dekat UPM,si Faez, tengah ambik kursus Persediaan Bahasa Arab untuk sambung Medic dekat Alexandra University di Mesir, adik lelaki aku yang ke 6 si Fahmi sedang berhempas pulas nak ambik PMR dekat Sek. Men. Keb. Agama Tok Jiring, dan adik lelaki bongsu aku si Fauzi, bakal ambik UPSR tahun ni...mak aku pulak baru lepas dapat anugerah Ibu Misali peringkat Daerah....Kellassss...Mak Aku......mak aku just guru tadika jerr...dan ambik upah menjahit, dia memang rajin dan tak leh duduk diam.....tapi aku respect mak aku, walau susah macam mana pun, anak2 memang prirority, even anak2 tiri pun tak diabaikan...

Tujerlaaa tetiba cite kisah famili aku...

aku kena banyak berkorban jugak untuk adik2 aku since abg dan kakak aku tu just status tiri jerr...u know....tiri dengan kandungni.....lain caranya....adik2 aku anak yatim maa.....
satu mak lain ayah....arwah ayah tiri aku tinggalkan 4 anak lelaki (si Budin, Faez, Fahmi dan Fauzi) yang perlu dibela...so aku yang dah kerja dan adik perempuan yang dok ambik KPLI nilaa yang kena tolong mak aku....sedih u olz.....
sampai kini dah berapa lama aku tak beli baju untuk diri sendiri....
sedih okay....

Thursday, April 24, 2008

Hari Ini Boring Gilleeee

Fuuuhhh

Salam...
hari ini Khamis dalam dilema...
semalam hari paling choy dalam hidup aku...poyo

kat atas ni pic terkini aku dekat ofis...aku baru ke sound dek bos....saja nak tengok pic face aku...

Wednesday, April 16, 2008

Lama tak Posting Kat Sini

Salam lagi..fuuhhhh..berbulan aku tak post,
rindu jugak...
ramai kawan dok bertanya, napa choy sangat aku ni sampai tak update2 blog aku...
yolaaa kan aku nak update macam mana....busy gile dekat ofis...

sepanjang bulan March aku busy dengan Export Control Seminar, jadi sebahagian organizer dengan pihak Kementerian perdaganagan antarabangsa Jepun, METI dan CISTEC.
time tu aku rasa nak tengok tanah pun tak sempat.....

tapi bulan April ni bolehlaa aku bernafas sikit selepas minggu pertama busy dengan slide peresentation bos aku...sah2 bos aku arah aku buat sebab staf paling baru kat sini (kalau Penolong Pengarah)...

huuhuuhu,.....nanti aku update lagi yerr.....

Sampai Syurga