Total Pageviews

Tuesday, December 11, 2012

ISTERI IMPIAN









MENGIMPIKAN

PAGI tadi ketika fast walking aka. jogging dengan my Makteh dekat Tasik Metropolitan Kepong, sempat makteh ceritakan tentang seorang isteri kepada salah seorang saudara mara kami yang menyebabkan makteh kagum sangat...walaupun bertaraf menantu tapi sejak disaksikan makteh apa yang dia buat menyebabkan makteh respect dia hingga kini....

 


Suatu ketika dahulu time hari raya, kami sekeluarga berkumpul....then begitu juga ada di kalangan sanak saudara yang turut hadir sama, termasuklah pasangan suami isteri ini dan anak-anak mereka dan ibu mereka yang sudah agak tua, kalau anak2 my sis akan panggil moyang....

then bila tiba time makan, si menantu ini bertanya kepada ibu mertuanya bila tengok ibunya berhenti makan walaupun dalam pinggan masih bersisa,
"mak dah selesai makan?",
then si ibu mertuanya jawab,
"mak tak habis makan",

then dengan selamba, si menantu tadi ambik pinggan ibu mertuanya dengan sisa makanan ibu mertuanya, then dia minta izin,
"Mak, biar saya habiskan makanan makye",

my makteh perhati je dengan terkejud, then si menantu tadi panggil semua anak2 dia dan semua termasuk dia makan sisa makanan dalam pinggan ibu mertuanya dengan tidak lupa berpesan kepada anak2 dia,
"makanlah makanan bekas nenek ni sebab makanan ni berkat ni"
....then semua anak2nya makan makanan tu...

 
aku yang cepat feeling2 dan kadang terlebih sensitif ni hampir menitiskan air mata lagi.....(baru pagi tadi nangis sebab tengok video islamik dekat youtube, now nak nangis lagi sebab dengar cerita my makteh, hmmmm tak lama lagi jadi Raja Air matalaa nampaknya diri ini)....

Ya Allah, beruntungnya saudaraku itu kerana dikurniakan isteri yang begitu mulia sifatnya....

no wonderlaa selalu aku perhati anak2 kepada pasangan suami isteri itu amat taat, dan zuhud serta bahagiaje hidupnya..rupa2nya rahsianya adalah kesolehan ibunya sebagai isteri dan ketaatan suami isteri itu juga kepada ibubapa mereka samada kandung mahupun mertua......

dan pembalasan Allah SWT kepada hambanya yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya adalah bermula di dunia lagi....dan aku telah menyaksikan banyak bukti yang menunjukkan janji Allah SWT berkaitan balasan terhadap anak2 samada yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya memang benar belaka dan menjadi kenyataan....dan sesungguhnya setiap janji Allah SWT itu benar, dan nyata semuanya...dan dialah Allah SWT yang Maha Menepati janji...

di sini, aku bukan nak compare sesiapa, cuma nak berkongsi perasaan kagumku dan syukurku di atas kebesaran Allah SWT yang ada disekelilingku....aku berdoa semoga si isteri dan suaminya serta anak-anaknya itu sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT serta sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia dan di akhirat....

 
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....AMIIIINNN

SYUKUR DI ATAS PERTOLONGANMU

Syukur harini petang, 4 Disember 2012....Allah SWT amat memahami kedudukanku dan juga keadaanku....tadi dalam baki akaun gajiku hanya tinggal RM26.++....hati terasa sedikit gundah, duit belanja dlm poket cuma ada RM50 lebihje.......sempat tak ni nk bertahan sebelum masuk gaji bulanni?

 

Aku sedar, gaji yang aku terima baru2ni untuk bulan November 2012 banyak aku gunakan sebab terpaksa, untuk medical check up disebabkan kesihatanku, belanja pulang ke kampung, malah banyak lagi keperluan lain di samping kehendak-kehendak lain yang sentiasa menginginkan aku berbelanja juga...

But tetiba tadi ada seseorg sms minta nombor akaun utk melangsaikan hutang duit yg dia sejak lama pinjam dariku....aku tak pernah meminta dia bayarkan, cuma dulu seingatku, aku pernah cakap, if dah ada duit dan mampu, bayarlah, kalau tak de tak pelah,

 

In fact tadi aku tak terfikirpun akan ada orang nak langsaikan hutangnya padaku, walaupun terdetik dalam hati risau sebab duit belanjaku pasti tak cukup...RM26.++ dalam akaun, dan RM50.++ dalam poket...awal bulan tuh...sedangkan tarikh gaji terbaru lambat lagi...claim pun kalau dibuat paling awal 14hb baru dapat....(syukur sebab bahagian kewangan office aku amat cekap dalam pemerosesannya) but itu kalau aku hantar claim dan ni pun nak tak nak tetap kena tunggu prosedure hari ke 14. sekarangni pun aku tak anta lagi claim sebab tunggu tarikh submit 10hb.

Yang pasti, selepas menerima sms itu, aku terfikir, dan tersedar, Allah mendengar dan mengetahui keadaanku walaupun sekadar terdetik di hati...aku sedar juga bahawa Allah SWT sentiasa mengikuti setiap inci dan saat perkembanganku...bukti kebesaran dan kekuatan cintanya kepada hambanya....
syukur Ya Allah....kerana kau tidak pernah membiarkan hambamu di dalam kesusahan...ada sahaja bantuanmu yg tanpa disangka-sangka....syukur sangat-sangat......

Walaupun cara hidupku tidak semewah mana dan walau aku mampu untuk hidup dalam semua kemewahan itu dengan pendapatanku tapi aku bersyukur dengan jalan yang Allah SWT tetapkan buatku....aku redha....

Yang pasti, apa yg membuatkan aku amat terharu bila jarak masa antara aku mengetahui jumlah baki duit dalam akaunku yg RM26.++ dan dlm poket RM50.++...dengan masa aku tetiba menerima sms untuk orang melangsaikan hutangnya denganku hanyalah dalam lingkungan 45 minit....begitu cepat pertolongan Allah SWT. Aku takkan berpaling darimu lagi Ya Allah SWT kerana aku sentiasa tahu bahawa kau sentiasa memerhatikanku dan memahami serta menyayangiku....

Aku bersyukur, kerana banyak kali juga Allah SWT membantuku dalam keadaan yang aku sendiri tidak jangkakan. Dulu, aku pernah kesuntukan duit dek kerana over spending disebabkan kealpaanku sendiri, dan kesilapanku sendiri, tapi tetiba Allah SWT membantuku, tidak semena2 dalam masa tak sampai sehari, ada orang menelfonku meminta mengajar Yoga, apa yang menakjubkan, bayaran yang diberi bukan selepas sebulan atau selepas habis tempoh aku mengajar, tapi in advance, maksudnya sebelum kelas bermula....malah aku dibayar lebih dari keperluanku, yang paling menakjubkan, aku hanya perlu mengajar selama sejam seminggu dengan bayaran RM200 setiap jam in fact semua dibayar secara advance dan aku amat bersyukur kerana semua itu kurniaana Allah SWT, terima kasih juga buat sahabatku yang merecommendku...takkanku lupakan setiap jasa itu...semoga Allah sentiasa memberkati, meredhai dan memudahkan setiap urusanmu, aku bersyukur dan tidak menyangka betapa besar dan tak terjangka langsung bantuan Allah SWT itu datang....aku benar-benar bersyukur......semua membuatkan aku malu sendiri dalam terharu, jika nak dibayangkan dengan dosa yang aku pernah lakukan yang melumuri setiap inci badanku, terasa seolah-olah tidak layak untuk aku menerima semua ini, tapi aku sentiasa memerlukan semua itu, aku sentiasa mengharapkan segala-galanya hanya daripada Allah SWT, meletakkan segala nasibku kepadanya, dan menyerahkan segala-galanya kepadanya dan mengikut dan menerima setiap apa yang ditentukan olehnya buatku disamping berdoa memohon perlindungannya dari sesuatu yang boleh mengganggu kehidupan aku dan semua yang ada disekelilingku....apa sekalipun, aku amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tahu Allah SWT sentiasa mendengar luahan hatiku, menerima doaku, dan memakbulkan doaku....dan itulah bukti bahawa dia memang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan aku yakin serta pasti semua mengalami dan merasai cinta dan kasihnya yang Maha Agung itu...walau dalam apa cara sekalipun, dia tetap yang terbaik dalam Menyayangi, malah yang terbaik dalam Menyintai.....malah yang terbaik di dalam segala-galanya....


Kisah yang lain yang membuatkan aku sentiasa memikirkan dan mengingati betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. dan betapa besarnya pengaruh Allah SWT dalam mencorakkan hidupku agar aku sentiasa muhasabah dan sedar akan kelemahan dan kekuranganku adalah bila kereta Wiraku dicuri dulu...time kursus PTD DPA pada tahun 2008, actually time tu kereta aku memang bermasalah sistem komputer dalaman yang asyik padam signalnya atau gagal menyala signalnya, dan aku terdetik juga risau tentang kos untuk membaiki masalah keretaku, sebab mana tahu time drive tetiba keretaku mati tak semena mena atau bermasalah lain, maklumlaa, aku ni species driver tahu naikje...tak tahu apa2 bab parts atau dalamannya, kos untuk baiki pasti tinggi, kalau guna duit sendiri, pasti beribu, sedangkan aku tidak mampu.....but tetiba bila aku dimaklumkan ibu saudaraku ketika di latihan DPA untuk polis, bahawa keretaku dicuri....aku pelik kerana aku boleh tenang tanpa rasa gundah....(ini suatu bantuan Allah SWT yang mengurniakan aku ketenangan dan kesabaran serta semangat menghadapi kehilangan- aku sendiri pun pelik saat itu inikan pula sahabat dan adik beradikku yang turut pelik melihat aku tidak menunjukkan kerisauanpun mahupun rasa susah hati), keretaku hilang beberapa bulan dan beberapa bulan itu lah aku merasai kesukaran juga pergi kerja naik bas dan teksi berulang dan dalam pengalaman itu, aku banyak belajar dan mengenali insan2 baik2 dan pelbagai ragam manusia di sekitar rumahku yang kalau sebelum ini dengan kereta aku takkan pernah berpeluang mengenali dan mengetahui mereka, namun dengan kehilangan kereta itu, aku berpeluang merasai kesukaran orang lain, memerhati kehidupan sekeliling, ibu2 yang bangun seawal sebelum subuh menghantar anak kesekolah, walaupun sekadar meenunggu dihentian bas, merasai menumpang ven pasar borong untuk ke pejabat, malah pelbagai kenangan lain dengan insan2 budiman pelbagai kaum di sekitar rumahku yang ternyata semuanya memiliki keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT. walaupun mereka dari pelbagai latar belakang, agama dan kaum...tapi aku dapat melihat kekuasaan Allah SWT dari setiap pengalaman berharga itu....then selang beberapa bulan, aku menerima panggilan keretaku ditemui semula, tapi hanya tinggal rangka, cermin dan enjin tanpa wayar, semua sparepart telah dicuri termasuk kusyen, dan sekali tengok kereta ku time tu memang selayaknya ke kilang besi buruk....but keretaku telah diinsurancekan dan dibaiki dengan bayaran claim insurance...dengan total claim lebih kurang RM12,000, untuk baiki dan install spare part baru, kerusi dan segala keperluan lain....semua complete set untuk kereta wiraku...akhirnya bila siap dibaiki, kereta ku umpama kereta baru, semua sparepart baru, dan semua masalah sistem komputer dalaman yang sebelum ini merisaukan aku, semua telah dibaiki malah semuanya baru....umpamanya aku mendapat sebuah kereta baru yang complete dicat baru, suatu keajaiban lain ialah aku tidak perlu mengeluarkan walau sesenpun duit untuk membaiki keretaku, semua dicover insurance dengan izin Allah SWT dan itu kurniaan dan bantuan Allah SWT...itulah yang mengejudkan dan betul2 membuatkan aku terharu...malah sehingga kini aku dapat rasakan, saat-saat ketika kereta ku dicuri sehingga ditemui itu umpama suatu masa yang Allah SWT telah takdirkan untuk aku belajar berdikari, mengambil pengajaran malah muhasabah diri dengan setiap pengalaman yang Allah SWT telah sediakan di dalam tempoh itu untuk aku pelajari dan ambil iktibar agar aku sedar bahawa hanya dia Maha Berkuasa yang Menentukan segala-galanya dan makhluk tiada kuasa....dan aku pasti itu selama-lamnya.....syukur Ya Allah ....aku sangat2 bersyukur kepadamu....


SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT.

SEGAN

SEGAN....

Tetiba terasa segan dengan seorang pakcik time solat Isyak berjamaah di masjid area Selayang tadi, dia solat di sebelahku...aku perasan, dia tak baca apa2pun, tapi dia tetap berusaha untuk solat berjemaah, in fact setiap gerakan dalam solat semua dia buat based on apa makmum lain buat, terperasan matanya melihat kiri dan kanan, kadang2 kepalanya dipusing kiri dan kanan juga utk melihat

gerakan makmum lain, dan banyak jugak pergerakannya dalam solat...dari berdiri dalam posisi qiam di tengah rakaat...aku tak kata dia solat tak betul atau sebaliknya kerana yang menentukan solat seseorang itu diterima atau tidak hanyalah Allah SWT. in fact walau pun pakcik tu pada mata kasar nampak tak betul solatnya, tapi, siapa tahukan, tetiba solatnya lebih diterima dari aku yang entah apa2ni or even imam yang mengimamkan kami, mungkin solat pakcik itu diterima dek kerana usaha dan kesungguhannya dalam solat....Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayangkan...dia memiliki segala-galanya, malah keberkatan dan keredhaan itupun milik Allah SWT. juga.

Apa yang membuatkan aku segan ialah bila melihat kesungguhan pakcik itu, walau dia tahu dia lemah dalam amalan solat, tapi dia tetap berusaha untuk solat, in fact solat berjemaah lagi....aku yang BERAT NANANG nak solat berjemaah ni, malah kadang kalau nak solat berjemaahje terasa berat badan aku tetiba naik sampai 16 tonne, berat boh!... punyalaa malas, bab bagi alasan tu dan tangguh tangguh solat jemaah tu aku memang cemerlang juga....entah solat sendirian aku tu laku atau tidak, entahlah......yelaa takut laa jugak if incase dalam solat termiss benda2 perlu..tambah lagi...yang aku duk perasan pakcik tu solat semacamtu pun dah nampak dah kualiti kusyuk aku...sendiri mahu ingat...but itu pengajaran buat aku...agar sedar diri....aku tak perfect...and nobody perfect....but serious aku segan dengan pakcik tu...


Orang cakap, solat berjemaah, di samping pahala 27 kali lebih besar dari solat bersendiraan, abg angkat aku si Matahari Biru pernah kata juga dulu, orang yang solat berjemaah, kadang kalau ada yang terkurang, imam akan cover mana yang patut....tulaa bagusnya...in fact, tomatninoh kita terkawal dek imam tu punya leading, kalau solat bersendirian, entah aku ni perasan ke tak atau nyanyuk terus nak jaga tomatninoh yang memisahkan antara rukun dan bacaan rukun sesuatu solat, benda wajib dijaga tu boh.........sesekali terfikir, tinggike kualiti solat aku selamani yang kalau masuk umur aku yang bakal genap 32 tahun beberapa hari lagini, berapa dah penerimaan yang aku dapat? adakah solat aku hanya sekadar buat utk lepas tanggungjawab atau buat dan dapat segala yang siimpikan setiap orang islam; solat diterima AllahSWT serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT....

Bila difikirkan balik dasyat jugak darjah keterukannya kalau diikutkan perhitungan sendiri, bab diterima atau tidak aku serahje kepada Allah SWT. cumanya, bab pahala siket tu....sedih dan sadis rasanya di hati.


Well kawan2 just sharing apa yang aku rasa ketika ini....maklumlaa sejak nak genap umur 32ni, makin sensitip...serba serbi rasa terkurang, serba serbi rasa semacam....selalu terfikir, kalau dah 30 macam ni umur aku, berapa tahun lagilaa aku boleh hidup....kalau beli rumah time umur2 macamni, berapa tahunje laa aku merasa tinggal, ....in fact selalu aku terbayang, if mati, tetiba jasadku dikuburkan, dengan aku lena di alam sana....tak terbayang rasa takutnya, gelap tu...(sebab tak tahu kubur aku terang ker atau gelap, based on amalan hidup, mcm tak confidentje sebab terasa tak layakje utk dikasihani dengan keterangan mcmku harapkan itu, but aku mmg nak sangat rahmat Allah SWT bila kembali kepadanya nanti)...

Sedih bila memikirkan.....dengan amalan yang silamnya, memang malas nak cari lebih buat bekalan, terasa juga rugi...rugi sejak aku baligh dan mumayyiz, rugi sebab sia2kan masa2 bilamana fikiran aku ni masih suci llagi utk jadi hafiz (sekarang? hanya Allah SWT sahaja yang tahu), rugi sebab selalu sangat aku biarkan Malaikat Atit buat kerja lebih masa untuk catat amalan sia2 aku yang merugikan termasuk dosa yang aku sendiri lumurkan pada kesucianku sejak lahir bilamana aku dikurniakan taraf mumayyiz serta akhil baligh oleh Allah SWT....sedangkan Malaikat Rokit, duk mencari je belah mana nak tolong aku, agar ok catatan belah kanan aku.....ruginya aku.....tulaa just sharing secebis apa yang aku rasa kan ketika ini....si tua yang lemah serba serbi ni termasuk gemalai....but aku redha....kalau itu sifatku...susah nak uboh boh.....

Yang penting, SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT.

Sampai Syurga