Total Pageviews

Wednesday, August 19, 2009

The New Days Has Come

Hi u olz,
tiba-tiba...aku terjembul lagi setelah lama tak update blog ni..
actually aku sedikit busy dan sedikit malas nak update sebab tension since aku tak leh nak update pic aku kat dalam ni...Hp aku kena curi lagi last end June 09, gittieww...bahana sebab aku sendiri yang cuai...but i promise my self yang dalam ni akan aku sentiasa merajinkan diri mengupdatekan laman di mana karya peribadi aku ni aku war-warkan sebagai warkah untuk tatapan semua yang sudi menelahnya....
By the way, hari ni merupakan hari yang ke 40 aku attach dekat MATRADE dari MITI untuk program Cross Fertilization aku...aku tak pastilaaa macam mana masa depan karier aku lepas ni but i believe in god punya tetapan...malas nak sentuh bab ni laaa....
aku stay dekat unit Electrical and Electronic dan ICT di bawah bahagian Pembangunan Produk dan Servis. Kerja aku juga merangkumi Pembangunan Automative...bagi aku dua-dua unit ni memang menarik dan sangat mengujakan...setakat ni 4 kali aku kuar site visit dari Seri Kembangan hinggalah ke Klang dan Shah Alam...rata-rata merupakan pengalaman yang ke seterusnya untuk aku dalam bidang pengurusan ni...heheheh
the way i started my work is to record directly every task yang aku dapat dalam Task Schedule aku dan rancangkan what and when to do and the resultlaa...then aku try updatekan selengkap boleh dengan tambahan warna tertentu bagi memudahkan tagging...thank god aku masih inline with my job lagi...harap Allah memudahkan aku lagi dalam tugas ini...aku bersyukur kerana di kelilingi kawan kawan baru yang supportive, si Toh (meddam) dan Si Diran (yang Vogue) sentiasa tak putus membantu aku dalam pekerjaan ini...they olz ni memang tak kedekut ilmu.., pantang aku minta pasti tak mengecewakan...heheheheh
actually sepanjang bulan lepas banyak benda menarik yang aku nak ceritakan...dari pengalaman aku berbomoh hinggalaa bermacam lagi benda yang aku rasa menarik untuk dikongsi....bulan ni pun (August 09) merupakan bulan hantu bagi kaum Cina dan tak hairanlah kalau dekat rumah aku bunyi anjing melalak jew memanjang, aku yang stay sorang2 dekat rumahni, tahu2 jelaa terketar-ketarnya aku....so berdebarjew..dengan rumah aku yang kekadang pintu utama asyik berbunyi bila kena terjah angin, almaklumlah rumah aprtment 9 ke 10 tingkat macamtulaa...terkejud jugak aku sebab selalu suspect ada orang dekat pintu.... semua tu akan aku ceritakan sedikit demi sedikit di dalam post bulan ni...tungguuu.....

Wednesday, June 3, 2009

Hari Ini 3 June 2009

Pagi ni,
aku bangun macam biasa, penat wehh, malam tadi tidur awal lepas kene bebel dek lover aku, sebab semalam aku tersadung dalam bilik time nak tutup plug iron baju pagi before pergi office, aku melecur bahagian sisi kiri belakang badan aku, sakitnye...lebar dia dalam 2 inci dan panjang dalam 10 cm...



Sakitnye.......

macam di ataslaa keadaan badan aku...sakit weeiii pedih kalau terkena baju

Wednesday, May 13, 2009

Hari Yang Memenatkan

Salam,
Untuk u guys information, kereta i kena curi baru2ni....geram sangat....curi time kursus dululaaa....namun dah jumpa balik dekat Chow Kit....sekarang tengah dibaiki. yang pasti dah lebih 2 bulan dah dok dekat workshop tu...masih tak siap2 lagi....fed up rasanya, setiap hari kena naik bas....
Aku bagai Raja Bersiung dah terjun telaga…..tension aku membuai rase di jiwa, teringat lagu Bulevard nyanyian Tee Mang Yong time malam KSN kursus 2 minggu lepas, terkedu aku kejap, teringat malam KSN time menari tarian payung, terkesima aku terbayang muka nani (kawan merangkap guru tari aku) yang tengah resah takut kami silap step…., bila dengar Faizal Tahir menyanyikan lagu “Sampai Syurga”, terus aku terbayang Si Samad (kawan se kursus aku yang memang meletups suaranya) dok asyik nyanyi lagu tu kat atas pentas DSG….setiap hari aku dok tengok dalam Kloset aku baju batik DPA yang kuning yang dirungut2 sebelum ni, sayu pulak rasanya…..rindu sangat time kursus.
Aku kat sini dok teguk air nanasjerr pagi petang siang malam, target nak buai rasa…..kantin kat MITI ni dapat tender baru, rezeki pun baru dan boleh tahanlaa harganya…kat sini sibuk dengan 5s.so aku masuk ofisjerr semua colourful…cantik…..dari papan kenyataan, dinding sehingga ke tong sampah semua berlabel warna warni…..rasa macam Alex in Wonderland pulak….
Agaknya macam manalaaa kawan2 punya job lepas balik unit masing2?

By the way, kerja pertama aku bila sampai MITI bos aku terus bagi 2 tugasan, buat research untuk AP dan companies, 2 research yang perlu disiapkan dalam 2 minggu, masa untuk mintak tolong staff2laa ni nak korek isi…..dan keluarkan segala kebolehan yang ada walau aku masih perlu belajar lagi githuuuu ..

Aku setiap hari jadi penumpang setia bas rapid KL, entah-entah pakcik driver bas dah cop muka aku sebab satu2nya mamat blur pepagi buta dok lari kejar bas kat KL Central, since aku kena naik 3 bus untuk ke ofis setiap pagi..so marathonlaaa aku…tambah pulak kena menyadinkan diri dengan Pak Bangla dan Pak Indon, mahunya tak lekit dan berkeriut muka aku…..

aku yakin life kawan2 aku sekursus aritu mesti berubah, Sama laaa ku pun….bab pergi kerja kalau sebelum ni pukul 6.30 dah bertolak pergi kerja kini seawal jam 5.30 pagi aku dah dudok melangut dekat bas stop….sambil tunggu azan subuh, kononnya nak solatlaa…sah2 sampai ofis pukul 7.30 baru nak terburu2 solat….solat Subuh Gajahlaa aku setiap hari….perjalanan kalau naik kereta tak sampai 10 minit sampai ke ofis, namun dek kerana kereta ake kena curi time DPA, terus kena menahun daki tangga bas, jadilaa 2 jam perjalanan aku…pasrah dan insaf kejap aku dibuatnya…
Sejak naik bas ulang alik pergi kerja ni aku kepenatan sangat, tak terlarat kadang terketar2, sampai rumah jer aku landing terus depan TV sambil nak lelapkan mata. bangun hanya bila solat, nak makan pun jadi malas lak..penat sangat...harapnya kete aku cepatlerr siap...aku depresss!!!!!!!



Pagi ni dekat ofis aku try call insuran CIMB AVIVA yang cover kete aku...ditanya rerupanya insuran tak dilulus lagi, tapi dia janji akan settlekan in 2 days dan mohon aku mintak list part yang dimasuk dalam kete aku...yang penting aku diberitahu ada lagi benda yang masih belum di furnish oleh adjuster kete aku...ni buat aku bengang dengan sepupu aku si H, dia laa adjuster kete aku..katanya dah settle semua tapi still dia tak settle...bila diberitahu benda tu just minor baru aku lega...sepupu aku tu tak boleh diharap sangat, cakap berapi malah suka tangguh kerja...aku ngadu dekat mak cik aku yang stay dekat Selayang tu..sebijik aku kena sound.."tulaaa lain kali jangan percaya sangat si H tu....indah khabar dari rupa" gitu kata mak cik aku...yang penting aku memang depress sebab tak de kete...tension sangat...tolong laa aku.....

Sampai Syurga