Total Pageviews

Tuesday, July 5, 2011

My Inspiration 4 : The Story of My Young Ba'rah

Saya berasa amat tersentuh dengan kisah gadis kecil ini...betapa besarnya ujian Allahke atasnya...semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ini ialah kisah seorang gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang mana dari sumber yang diperolehi, ibu banpanya ialah doktor dan telah pindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur’an dengan tajwid, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah mendahului kanak-kanak seusianya. Keluarganya kecil dan taat pada Islam dan ajaran-ajarannya.

Hinggalah pada suatu hari, ibunya merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu Bar’ah menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kronik. Ibu Bar’ah berfikir untuk memberitahu putrinya itu, terutama jika ia terbangun suatu hari dan tidak melihat ibunya di sampingnya dan inilah ucapan ibu bar’ah kepadanya:


"Ba'rah, aku akan pergi ke syurga di depan anda, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak...."

Gadis kecil itu tidak benar-benar faham apa yang ibunya ingin sampaikan, tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya di hospital dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak hospital memberitahu ayah Bar’ah bahawa keadaan isterinya itu sangat buruk dan dia perlu datang segera ke hospital. Kemudian, ayah Bar’ah menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital ayahnya memintanya untuk tinggal di dalam kereta, kerana bimbang anaknya itu akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari kereta dengan linangan air mata, dia menyeberang jalan untuk masuk ke hospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta dengan lajunya melanggar ayah Bar’ah dan dia meninggal di situ juga di depan puterinya itu, tak terbayangkan tangisan gadis kecil ini pada saat itu…!


Berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu bar’ah yang masih dirawat di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu Bar’ah meninggal dunia juga. Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya.


Dengan bantuan ibu bapa rakan-rakan sekolahnya, Bar'ah akhirnya dibawa pulang ke Mesir untuk dijaga oleh saudaranya. Tak berapa lama tinggal di mesir gadis kecil Bar `ah mulai mengalami sakit seperti dengan ibunya dan oleh keluarganya ia lalu diperiksakan dan setelah beberapa kali uji didapati bar’ah juga mengidap kanser, tapi sungguh mencengangkan kala ia diberitahu kalau ia menderita kanser. Inilah perkataan bar’ah ketika itu:

"Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya"

Semua rakan-rakan dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah ...

Orang-orang mulai mendengar cerita tentang Bar`ah dan Saudi memutuskan untuk mengurusnya, dia dihantar berubat di England. Selain itu, saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) mendapat kontrak dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh Bar’a. Akhirnya untuk pengetahuan..gadis ini telahpun pergi menghadap ilahi....al-fatihah




Semoga Allah merahmati rohnya dan sekalian ahli keluarganya
Amiiiinnn......




di sini disertakan sebahagian video Allahyarhamah kita untuk kita hayati dan insafi:




Lawatan dari program terkenal Hollywood yang biasanya di tayangkan di Channel Discovery Home and Health....LITTLE PEOPLE BIG WORLD.....









Video doa Allahyarhamah Ba'rah....




Bacaan Al-Quran Allahyarhamah yang menyentuh hati...









No comments:

Sampai Syurga