Total Pageviews

Tuesday, July 6, 2010

Healthy Diet : Kimchi




Kimchi....
hehehe...aku just tried it last Sunday, 4th July at a Korean Restaurant di The Garden Mid Valley....not bad....memang sedap dan rasa masam2 pedas serta hot.....malam tu puas hati aku melawas....memang bersihkan perut, its not like taking ubat julap atau teh orang kampung yang menyakitkan....its about having something yang purely natural....no wonder, dalam drama Kim Sam Soon ada cakap:

"Kenapa laa tuhan ada menciptakan makanan sesedap ini (Kimchi), tak tahan nafsu nak dikawal"

By the way.... apa itu Kimchi?

Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemeraman yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Sayuran yang biasa digunakan untunk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Katanya zaman2 dulu nun, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.

Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Makanan hebat ini dibuat dari bermacam jenis bahan sesuai dengan jenis kimchi dan selera orang yang membuatnya. Kimchi yang paling terkenal di luar Korea adalah Baechu Kimchi yang dibuat dari sawi putih (배추, baechu) dan lobak (무, mu) dicampur bawang putih (마늘, maneul), cili merah (빨간고추, ppalgangochu), daun bawang (파, pa), sotong (오징어 ojingeo), tiram (굴, gul) atau makanan laut lain, halia (생강, saenggang), garam (소금, sogeum), dan gula (설탕, seoltang).


Add Image
Note: The Raw ingredients of Kimchi.




Note: Bahan-bahan yang telah dibelah dan diasingkan sebelum digaul.



Di negara asalnya, terdapat lebih kurang 200 jenis kimchi termasuk kimchi khas daerah dan kimchi sayuran bermusim. Muzium Ladang Kimchi yang terletak di Seoul mencatatkan 187 jenis kimchi, dari kimchi zaman dahulu hingga kimchi zaman sekarang. Kepelbagaian jenis kimchi yang mudah dikenali, misalnya: 깍두기, kkakdugi dengan bahan utama lobak tanpa sawi putih, 오이소배기, kimchi timun yang disebut oisobaegi, dan kkaennip (susunan daun perilla yang direndam dengan kicap, cili merah, bawang putih, daun bawang, dan bahan-bahan penyedap lain).

Bakteria Laktobasilus yang berperanan dalam proses pemeraman kimchi menghasilkan asid laktat dengan kadar yang lebih tinggi daripada yogurt.

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.

Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

Happy Cooking!

Sampai Syurga