Total Pageviews

Saturday, December 29, 2007

Sedihnyerrr.....Kete aku tersentap

Huhuhuu...

sedih dan pilu aku....yolaa....hari Rabu yang paling berpuaka sejak aku stay KL, geram aku..Hari Rabu tu aku migrain sejak petang di ofis lagi, termasuk aku ialah si Azlan ofis mate aku pun sama....sakait kepala, ramai sangat client yang kena cater...petangtu..kepala aku tak leh nak sujud langsung bila solat, berdenyut2 gilo macam nak pecah malah aku rasa urat kat kepala aku timbul2 ala2 zombi dalam resident eviltu...



Dek kerana Migrain tu..pada malam tu jugak sesuatu telah berlaku kepada aku…


You know what?, hari Rabu, nak dijadikan umpatan, malam tu, i kuar rumah nak ke area Hotel Kualiti, nak ambik kawan I (junior zaman study dulu, sapa lagi, Si Zamlaaa) datang dari Terengganu sebab meeting, so aku ajaklaa dia lepak bermalam rumah aku, tapi malam tu minyak kete aku naik lampu nak kena isi, aku berhentilaa dekat BH Petrol (formerly known as BP), aku dengan konfidennye, tanpa check dan dengan kepala aku yang berdenyut2, dekat stesen minyak tu, tombol isi minyak ada 2, sebelah menyebelah, yang oren, dan yang hitam, tapi tak bernama, aku tengok harga yang oren RM1.92 ++ per liter, manakala yang hitam RM1.50++, aku pun apa lagi, tanpa fikir panjang, sebab kepala dah sengal sangat teruslaa mengkonfidenkan diri sendiri., “Wow, murahnya minyak tombol hitam ni..RM1.50++ jerrr”.






Teruslaa aku angkat dowzer tu, dan isi minyak tu dalam RM40.00, korang nak tahu minyak apa aku sumbat dalam kete aku? minyak diesel, apa lagi, aku nak start jalan jerrr teruslaaa mati kete aku, tup tap tup tap…aku call my cousin, minta tolong, pucat jugak aku sikit, yolaa takut jugak...kul 12.00 malam,merasa jugak aku, kete kena on tow (tarik) dengan lori, RM90 terbang upah si lori tu, apa lagi loan dengan sepupu laa RM70, aku just ada RM20 jerr dalam wallet, sebab tak expectlaa benda tu nak jadi…then sampai workshop, at first aku ingatkan plak rosak ke hape, aku dok doalaa….agar just plak rosak, walhal aku dah rasa dah mesti benda lain (walau at first aku cuba nafikan yang aku dah silap guna diesel untuk kete aku), so esok nya, bila workshop buka teruslaa diberitahu oleh makanik cine tu…aku silap isi minyak diesel dalam kete, sepupu aku apa lagi, pasunglaa aku malam tu jugak…pak cik aku siap sound lagi…aparaaa PTD, minyak pertrol dan minyak diesel pun tak leh nak beza,….akuni manalah tahukan?


Dekat Terengganu minyak2 ni di asingkan..tak diletakkan disatu tempat sebelah menyebelah…last2 aku kena charge dek workshop tu RM315, upah cuci..dan tukar beberapa komponen enjin…mahunya tak tension, saja2 aku lost RM315 kerana nak jimat minyak murah katanya RM1.50++ per liter….aku tobat laa lepas ni nak just guna minyak shell @ petronas jerr….disebabkan incident tu, satu hari aku tak dapat datang keje…fed up aku...kena stay workshop tu satu hari semalam…tobat aku..aku tak tahu style petrol station KL just by colour jerr differentiate jenis minyak, bukan beritahu, while by right aku pun tak tahu yang kete memang tak leh guna diesel …wakakaka..merasa laa aku azab nyerr.




Then aku tobat laaa nak lebih hati2 atau dengan kata lain, tobat nasuha aku tak nak pegi dah isi minyak dekat BH Petrol dekat Kuala Lumpur, tak sanggup lagi menanggung derita di jiwa nan lara ini.....

Monday, December 17, 2007

Birthday Aku dekat KL...

Huhuuuu...

sedih gilo... first time sambut besday dekat Luar dari Tempat asal aku...sedihlaa..tak dapat nak sambut dengan famili, even kalau dekat rumah aku dekat Ganu pun aku tak sambut, namun ada famili di sisi dah kira syukur juga...heheheheh (homesicklaa ni)

tapi aku syukur sangat sebab ada kawan2 dan ahli keluarga dekat Ganu dan Sini yang wish aku .,...terharu....antaranya bestfrend aku, Si Suhana....huhuhuuhu....kalau aku dekat Ganu ni boleh aku claim hadiah... mak teh aku bagi present dekat aku, baju kemeja D'urban dimasukkan cantik2 dalam satu kotak yang memang cantik penutupnya berbunga...., cantik jugak, colour baju kemeja tu hijau krim entahlaa aku tak tahu warna apa, yang penting aku suka baju tu...sesuai dengan bentuk badan aku yang memang nak ramping dah ni.......apapun thanks kepada semua yang mengingati aku, rasa sangat diri ini diingati dan dihargai...yang lain2 tu aku assume korang ingatjerlaaaa...nak buat macam mana kan....tak merajukpun saja, heheheheh bosan ni...(aku tak sabar nak balik raya Haji di kampung aku dekat Kuala Terengganu pada 19/12/2007 ni....Ya Allah....tolonglaaa...tak sabarni nak jumpa mak aku dan famili dan dua ekor kucing betina kesayangan aku, Si Whiteney Maria Hata dan Si Lizzy Maria Hata, rindunye......)....
housemate aku yang berdua tu pulak, abg syidin dan si Asrol pun buat kejutan jugak, malam tu, aku penat gila diaorang minta aku lepak rumah ada mensyuarat pasal rumah, aku berdebar jugak, entah apa laa yang nak dimesyuaratkan, that time aku nak pegi rumah mak cik aku, since makde aku baru kuar hospital, yelaa selesai rawatan sinaran dia tulaa.....malam tu aku balik dalam kul 10 lebih laa jugak, sampai je rumah, abg syidin (actually tuan rumah tu abg syidin laa aku dan Asrol penyewa, cumanye Abg Syidin stay sekali) belum balik lagi, so aku lepak kejap dengan Asrol, then, lama tunggu aku masuk tido kejap, tak lelap then aku perasan abg syidin dah balik, dia panggil aku, tetiba diorang surprisekan aku dengan birthday cake dan tiup lilin, then makan laa kami cake tu...aku tak leh telan jugak kek, RM10 ni bukan apa sebab lekat, tekak tak leh terima, since nak jaga hati abg Syidin aku paksa jugak telan walau tak habis...tapi aku gembira, atleast diaorang menghargai aku sebagai salah seorang rakan serumah even tak sampai sebulan aku stay rumah tu dan kenal mereka berduapun tak sampai sebulan....okaylaaa...kena terima kasih dengan Azmi jugak sebab recommendkan aku kepada abg Syidin untuk rumah sewa tu....then aku dapat tahu birthday si Asrol 31/01 dan Abg Syidin pulak aku lupa lak, saja nak balas balik penghargaan diaorang....

hari jadi aku jatuh pada hari Khamis 13/12/2007, dari awal pagi haritu lagi dah dapat wish dari kawan2 dan makcik2 aku....keesokannya, time lunch, kawan baik aku Ismakamarul datang dari Putrajaya, dia nak sambut besday aku dengan aku, yo yo ooo jer mamat tu...dia belanja aku lunch..then kami sama2 solat Jumaat, time ni hujan lebat lepas solat, so sama2 lari, kasut aku basah kuyup dan baju lagilaa, si Isma pun sama...kami lari terus ke kereta Isma, kat situ, kami borak kejap, then Isma bagi hadiah dekat aku, hehehhehe....hadiah buku Kisah2 berkaitan Agama...macam aku biasa cakap dekat Kawan2 aku kalau nak bagi hadiah pada aku jangan bagi benda yang berasaskan kain, aku tak suka, tapi yang paling aku suka adalah buku motivasi atau buku agama.....yolaa..."Orang tua2 ada cakap, kalau orang bagi kain dekat kita, mudah terputus hubungan" aku takut jugak.....

tak naklaa jadi macam tukaannn.....


then lepas lepak dengan Isma dalam kete dia, aku balik ke offis, room mate aku macam biasalaa dekat ofis tu....sebenarnya ada sesuatu yang berlaku kepada aku dekat ofis, aku rasa taks edap hati dari minggu lepas lagi....semalam aku jadi lemah seluruh badan sebab tak sedap hati, entahlaa apa nak jadi dengan aku ni....tak kira benda kecik mahupun besar, baik atau tidak, selalunya aku rasa tak sedap hati sampai nak rak, rasa takut semacam jerr...macam ada benda buruk nak berlaku....sampai time besday akutu aku berdebar sampai lemah badan aku...entahlaa...aku sentiasa berdoa agar Allah lindungi aku dan semua orang yang aku sayang dan baik di hati ku dilindungi dari segala malapetaka dan keburukan.....


petangtu, time balik, junior aku Midi, yang aku baru jumpa lepas hampir 4 tahun terputus hubungan sebab masing2 ikut haluan masing2, Midi ajak aku pergi rumah dia, dia ajak aku swimming dekat Kondo yang dia stay menyewa dengan kawan2 dia....huhuuhhuu...aku okayjelaa nak pegi rasa swimming, lama tak memenyukan diri...so petangtu, lepas kul 5.30 kami berjumpa dekat depan CIMB cawangan kompleks kerajaan Jalan Duta, then bertolak dengan kereta aku ke Batu Caves Gombak, ke tempat di mana si Midi tinggal...fuuuhhh susah jugak nak cari jalan tempat tinggal dia...kondo tu terletal jauh di dalam taman, dimana majoriti penduduknya kalau tak silap aku India jeerr...ngeri jugak aku, time2 kes2 HINDRAF ni....tapi aku buat poyo jelaa... sampai Kondo tu, Midi bawa aku ke parking pelawat, then kami naik ke tingkat 15, tinggi jugak rumah sewa mamat midi ni...masuk rumah tu, aku dapati ada sangkar HAmster, rupa2nya kawan serumah Midi bela Hamster, ramai jugak hamster tu, dalam 7 hingga 8 ekor macam tu...dari dua jadi 8 ekor, memang kaki beranak...then lepas solat Asar, kami berdua turun ke bawah untuk swimming dekat kolam renang kondo...kat situ, tetiba aku nampak ada abg Indian yang ala2 chub jugak dok main2 air dengan badan especially bahu penuh dengan tatu, terus hilang mood aku nak mandi...rasa macam eeeeeiiiiii geli la beb...
tapi sebab nak jaga hati Midi kami terjun jugak lepas salin pakaian, aku turun, Midi pun sama, namun dia terus naik sebab air sejuk sangat dan badan rasa nak demam....aku terus nyelam, yolaa nyelam je aku pandai, berenang aku choy, hancur...dahlaa air kolam tu hapus badan, dalam jugak bila sampai ke satu bahagian tu....then setelah borak2 beberapa ketika, akau rasa badan aku start gatal2 bila dah berada dalam kolam tu,....aku terus naik....cakap kat MIdi, air kolam ni tak bersihlaa...gasaklaa aku memang tak berkenan, bila nak naik ke rumah semula...aku jeling sekali lagi kepada abg Indian tadi...eeeiiii tak gatalke berendam lama2....maybe kalau dah dasar kulit tahan lasakni memang macam nilaa kot....tak pela...rezeki masing2, aku ni kulit sensitif, thats why....

bila naik, aku rehatkan diri kejap, sambil bukak Internet si Midi, time ni aku inform Midi ada orang guna pic dia untuk jadi member laman web gay, aku terjumpa time cari info tentang dia, time lost contact dulu, aku jumpa pic namun dekat satulaman web gay tu....huhhhhu...gelisah si Midi bila dapat tahu, terus minta aku cari balik pic tu...aku cakap tak sempat nak cari, haritu terserempak jerr...so then aku bagi address web tu, dan minta dia cari sendiri....aku penat gila, ngantuk sangat lepas mandi kolam tu...,mata toksah cakaplaa ngantuk punya pasal, then aku pegi ngadap TV kat ruang tamu sambil baca majalah, tetiba Midi keluarkan seekor HGamster yang comel dari sangkar tadi dan bagi aku main2 kejap, best jugak...comel woi....best gile...lepas solat Maghrib kami keluar Makan malam, dekat suatu restoran, rerupanya waiter dia orang kelantan, aku kecek jugaklaa sikit, aku makan nasi goreng ikan masin dan air , then Midi makan nasi goreng USA dan air, side menu keropok keping cicah pencicah, yang penting Midi belanja aku malam tu, almaklumlaa aku tak bergaji lagi..namun aku niat nak belanja dia suatu hari nanti...segan jugak babe.....

Midi ajak aku tido rumah dia, namun aku cakap tak boleh laaa sebb aku dah janji dengan mak cik aku nak tido rumah makcik aku malam tu...so kami before hantar Midi balik rumah dia, aku bawa dia jalan2 rumah sewa aku, aku nak ambik Laptop adik aku, nak pulangkan, sampai rumah, kebetulan ada si Asrol, housemate aku, so Midi lepak kejap then aku ambik laptop... time hantar Midi balik ke Kondo dia dekat Batu Caves tu okayla...time balik aku sesat....pergi ke perumahan india, ngeri jugak aku, ramai yang tengok macam pelik jerrr....then aku buat selamba drive jugak sampai dan bila tak jumpa jalan besar ke Selayang, aku start tanya seorang uncle tu (indian jugak), yang lawaknya dia siap explain bukan main, semuanye berbelit, aku ikutlaa sesedap rasa, "jalan terus then belok kiri, terus lagi then kiri", itu katanya, then aku ikutleee...tapi rasa macam lain jerr sebab kenape makin ke dalam pulak rasanya bukan jalan nak ke KL atau Selayang,hmmmm betul ke uncle india ni, ke berbelit jugak ni....heran aku....tapi aku try reverse balik penerangan, yang kiri aku kanankan, yang kanan aku kirikan, tu diaaa baru betul....lawak jugak, tapi yang nak tergelaknya (walau akutak gelakpun sebab tengah panik bila dah sesat macam tu) dia terang suruh belok kiri sedangkan yang betulnya kanan, itulaa yang memelikkan aku...memang dah style india, bahasa pun dan berbelit, ini kan pula penerangan, Indian people memang baik, tapi bab berbelit ni aku no komenlaa....wakakakaka

Friday, December 14, 2007

Start Kerja Minggu Ke Dua....

Keh, keh, keh....

Saja nak gelak jerr..yelaa...dah minggu ke dua dok keje dekat KL ni....banyak jugak cabarannye...awal minggu2 tu aku sesat memang nak rak....by the way, kawan aku Mimah datang bercuti ke KL, dalam hari Rabu gitu, dia tetiba call aku, dia cakap dia cuti panjang, sebab nak release tension, so as aku inform dia dulu, kalau datang KL callaa aku, boleh kuar jalan2 tengok wayangke...sebab mimah ni antara best fren aku yang berani mati jugak...mimah asal GAnu, juga PTD jugak, tapi dia stay bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri) keje dekat pejabat persekutuan Negeri Terengganu dekat Wisma Darul Imantu....alaa tak kenal ke? ala yang tinggi sikit tu.....kalau tak kenal jugak buat2 jerr kenal....


Time Mimah tetiba call aku tu aku tengah kat offis, ala2 rajin laaa sikit nak buat kerja ni....petang tu dia ajak jumpa, hari tu kalau tak silap aku hari Rabu...so then kami jumpa laaa tapi aku drive denagn confidennye ke KL (time ni first time aku drive masuk bandar KL) takut siut sesat, jalan pulak nasib baik tak busy sangat, takut jugak aku kalau jem, sebab seingat aku, banyak jugak kete yang kemek akibat berselisih dengan kete lain dekat KL, ni mintak jauhlaa kete aku jadi macam tu.....

Mimah minta aku tunggu dia dekat depan HKL (Hospital Besar Kuala Lumpur), so aku tunggu laaa dia kat depan HKL tu lepas lama drive, jalan ala2 sikit jem laa....aku tunggu seberang jalan di HKL, betul2 depan Hotel Grand Season....hangin jugak time tu, ada pak cik Keling pemandu bas pelancong dekat2 jerrr nak parking bas dia dekat kete aku, aku takut kena langgar atau terkena kete aku jerr...duit tu maknanya, nak diketuk balik kalau penyet.....aku tunggu jugak kejap, hujan jugak sikit malam tu, dalam area pukul 8 lebihlaa..macam tu...ehem2.......solat maghrib aku termiss, yelaa nak cepat punya pasal...harap Allah ampunkan aku....tunggu punya tunggu....hehehehheeh.....


MImah sampai dalam lebih kurang hampir setengah jam kemudian, berasap jugak aku tunggu....dia bawak adik dia dan seorang anak sedara dia...semua perempuan, then sister dia masuk kete aku, dan guide aku ikut kete mimah ke kondo diaorang dekat Sentul, aku follow jer..samapi sana , they olz ajak aku naik, masuk rumah, tapi aku segan laa..lagipun aku ni lelaki, then dalam kondo u semua pompuan, nak mati kerrr.....entah apa2 nanti...kalau berlaku sesuatu...then aku cakap dekat mimah, kita pi makan malam, makan malam dekat suatu tempat yang mimah dakwa kuew Tiow goreng dia sedap, aku pergi jerlaa...kedai mamak rupanya, ramai jugaklaa orang, sebelah kedai tu ada Carrefour, entah kat mana laa kedai mamak tu..aku lupa...area manalaa tempat tu..next time bila mimah datang sini lagi, dan kami sempat jumpa lepak2, aku akan minta dia bawak tempat tulagi...itupun kalau aku ingatlaaaa....


then ather that kami dah tak keruan nak pegi mana, aku ajak mimah tengok wayang, memang lewat jugak dah rasanya, but since dia pun sekali sekala datang KL, so dia ikutjerr...tapi before that kena hantar anak sedara dia balik kondo dulu...so kami pun bertolak balik...bila dah hantar sana, Mimah nak ajak jugak adik perempuan dia yang seorang lagitu, but adik perempuan dia nak bawak kawan lelaki dia join juga, yang aku expect pasti BF adik dia tu...aahhh lantaklah janji aku boleh tengok wayang malam tu....then kami menontonlaa..tiket kul 12.30 malam, gilokan...? tengok cite ape, Enchanted....best jugak walau sedikit kebudak-budakan namun it is such a nice story....


then cite habis dalam kul 1.30 pagi...aku, mimah, 2 orang adik perempuan dia dan BF adik perempuan dia, kami beransur pulang, first kami hantar budak lelaki tu balik, rumah budak tu pun area kondo mimah jugak, then aku hantar mimah, kemudian, aku balik, hehheheh..time ni laa pengalaman ngeri aku sesat dekat KL bermula....


ist road aku tersilap masuk ke jalan Gombak, then aku pusing, aku terus tersilap masuk ke Damansara, walhal jalan tu setiap hari aku lalu di waktu siangnya nak pegi kerja katanya....namun sampai ke tol PLUS, aku minta tolong makcik tol, beritahu jalan, apa lagi aku buat U turn dengan konfidentnye....terus jumpa jalan balik...serik aku, sampai rumah jam lebih kurang kul 3.00 pagi...meroyan aku kejap sebab dok fikir esok nak kerja kan....memang serik, merasalaa tak solat maghrib...nyesal beb....


aku balik terus solat, then kalau aku tidur...


huhuhuhuhuhu

Thursday, December 13, 2007

Office baru....Perrrrghhhh


First day masuk office baru....

Debaran siot...semua orang ala2 pandang, PTD2 yang ada ala2 kekwat jerr...

aku ditempatkan di bahagian barangan dua guna...bab2 AP ni aku lah yang jaga nye....tugas verifyjer,....first week tak start keje lagi, since aku menumpang bilik PTD yang ambik cuti bersalin jauh dari bilik bos aku...so tak laa start lagi keje aku...bosan tu tak yah cakaplaa...aku banyak baca buku (bagusnye) dan tido (ini yang tak syok)....


1st day aku blur jugak masuk ofis, my CC (chief Clark) banyak membantu...huhhhu....isi borang lagi tuh...untuk gaji dan banyak lagi..aku decide nak guna akaun BSN jerr untuk gaji....saja...then pagi tu aku turun ke BSN, BSN dekat Kompleks kerajaan jalan duta ni just bawah bangunan tempat aku keje ni jerr....masuk jerr aku nak update buku...then buat kad, i thought aku memang tak de kad, tapi Miss yang jaga counter tu cakap, kad aku dekat BSN Kuala Terengganu (tempat asal aku), last2 dia cakap suruh balik ambik...namun aku ada pilihan, kena buat lain dengan bayaran RM10. so nak tak nak aku terpaksa buat jugaklaaa....dapat kad baru BSN warna merun, cantik jugak.....


Then lepas update segala info dekat BSN, ops ada duit katanya dalam RM50.00, kebetulan aku tengah pokai ni..so masa untuk menggunakanlaa..then aku pergi CIMB, (thank god, semuanya dalam kompleks kerajaan), nak try check akun aku....didapati, akaun aku telah inactive dan diblock...tapi yang aku terkejud duit aku ada dalam RM490 lagi dalam akaun tu...manakala dalam akaun satu lagi ada RM100, namun yang worst nye duit aku yang RM100 tu dah ditransfer ke Amanah raya, hanya tinggal duit RM490 dari akaun pertama tadi jerr...azab tul laa...kalau aku lambat activate pasti duit RM490 tu kena transfer ke amanah raya jugak..hmmmm...penatlaa kalau macam ni....banyak pulak process yang perlu dilalui...aku pulak dahlaa tak bawak buku akaun...so nak tak nak aku call mak aku minta carikan buku akaun aku tu....nasib baik jumpa...then kebetulan mak aku nak datang KL ni...so kirimlaa sekali...bila dapat buku tu aku trylaa pergi CIMB balik nak check, rerupanya buku tu buku akaun untuk duit RM100 yang dah kena transfer tum akaun tu akaun CIMB branch dungun...hmmmmm aku tak leh claim kecuali pergi ke branch dungun, ayyo...susahlaa kalau macam ni,....so pihak CIMB cakap kalau aku nak jugak duit RM490tu aku kena dapatkan buku akaun untuk duit tu...kalau hilang, kena balik ke cawangan asal dan buat semula....geram gile aku...aku baruje daftar internet banking dekat situ..last2 kena aktivate akaun pulak...benci laaaa




Mak aku datang KL nak lawat makcik aku yang kanser Payu dara tu, okaylaa atleast lepas rindu dekat mak aku tu...huhuhu...sedih sangat....aku ni dah laa first time berpisah dengan mak aku....kadang nyesal jugak bila berpisah ni...tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur, tapi aku yakin, keputusan yang aku buat ni adalah yang terbaik untuk aku, kalau tidak mustahil Allah perkenankan doa aku....aku hanya tawakkal jerr......


Mak aku datang dengan adik ipar aku tu...ada kes jugak time mak aku datang ni..karenah adik ipar aku tulaa..but aku tak leh cite kat sini, tak elok pulak rasanya...so kita sambung citerla....


Wednesday, December 12, 2007

1st day kerja - 26/11/2007

Pukul 5.00 pagi aku bangun pagi tu, 26hb November 2007, aku stay rumah senior aku dulu malam tu dekat Dengkil, sebab dia dah tolong aku, so dia ajak aku stay bermalam rumah dia dulu....segan jugak, senior aku tu siap semburkan ubat nyamuk ke bilik tempat aku tidur, sediakan tuala untuk aku, malah sediakan bilik khas untuk aku rehat.....heheheheh...ala2 star hotel...rumah dia pun besar jugak....

Pagi tu aku bangun terus facial, maklumlaa first day, then bersiap gosok baju, kul 5.15 pg, aku turun ketingkat bawah rumah teres 2 tingkat sewaan senior aku tu...dia masih tidur lagi di depan ruang tamu, manakala aku tidur di bilik kat tingkat atas....pagitu, aku slow bukak pintu depan takut jugak ganggu senior aku membuta....tapi dia terus terjaga....then aku panas kan enjin kereta, sementara tu...aku kemaskan barang2 keperluan....then bila senior aku tutup gate lepas aku kuarkan kete, teruslaa aku memecut, hayya...pukul 5.30 pagi atas higway...aku isi minyak dekat Petronas Dengkil, then memulakan perjalanan....Subuh aku tak solat lagi sebab tak masuk waktu..time aku dalam kete tulaa baru masuk waktu....lepas lepasi tol Putrajaya dan ambik kad tol, aku drive, banyak jugak kereta pagi2 subuh harini....memecut nak cepat sampai..aku denganinsafnya dengar radio IKIMlaa pagi2 ni...insafkaaannn....tapi best jugak radio IKIM ni banyak benda berguna yang aku dapat...aku memang hati2 jugak carijalan dekat higway PLUS tu..takut silap masuk nanya aku....bila sampai hujung Highway dekat Jalan Duta, aku masuk, terus ke Tol, bedebak, RM7.90 aku kena...huhuhuh...kalau macam ni tiap2 hari bangkrap aku....


Lupa nak beritahu..petang hari 26hb tu aku dah start masuk rumah sewa tu....okaylaa..yang penting dekat...tak de laa menyusahkan aku sangat...tuan rumah dah bagi tilam, bantal dan cermin so apa lagi yang kurang,aku cuma perlu beli untuk diri sendiri , rak baju, dan rak untuk letak maintenance aku yang banyak tu....heheheh....

Hari pertama kat ofice aku berdebar teramat sangat....bukan sebab kerja namun sebab aku tak nak sebenarnya posting dekat MITI ni, due to ada seorang ex-kawan aku yang lupa daratan selepas dapat kerja PTD tu pun posting dekat situ...aku tak nak laa satu kem. dengan dia, dahlaa satu bangunan tu beb...dia dah kutuk aku sesedap rasa time dapat tahu aku dapat PTD, kami perang besar malam aku nak pergi lapor diri haritu...dan aku rasa terhina sangat bila dia hina aku as PTD ni...dia ingat dia besar sangatker..mentang2 dah nak confirm...cerita tentang bekas kawan aku ni panjang ceritanya..tak pelaa...tak baik ingat benda2 tak pekdah ni...buat hilang mood akujerr...

So terus-terusan aku masuk jerr bangunan tu..orang pertama aku tegur ialah pak cik guard....heheh..tanya bahagian HR kat mane ye....ahaks...then aku naik ke tingkat 9 seperti yang diberitahu, level sumber manusia MITI..kat situ..mulalaa aktiviti menunggu aku...sampai situ aku meet semua 3 org kawan sebatch PTD aku...3 perempuan, aku sorangjer lelaki sejati yang dapat MITI...3 org tu, adalah Arfah, Veeky dan Rodiyah...budak KL, Sarawak dan Kedah....ist 3 days aku banyak habiskan masa isi borangtu dan ini....then masuk library lepak..aku siap tidur lagi sesedap rasa....then hari ke 4 rasanya...kami diberi tempat posting..pada 29/11/2007 kalau tak silap aku...aku dapat posting ke bahagian...aku berdoa agar aku tak ditempatkan satu bahagian dengan bekas kawan aku tu,...dan yang paling menakutkan adalah satu bilik.....akhirnya syukur sangat, aku ditempatkan di bahagian lain...isitu di tingkat dua, jauh dari mamat tak sedar diri tu.....bahagian aku Kawalan Import dan Eksport, Unit Barangan Dua Guna...aku jadi penolong pengarah dekat situ..kerja aku sampai hari ini adalah memverifykan kerja support staff untuk permohonan AP orang awam...fokus aku banyak pada jentera berat, alat ganti, dan tak lama lagi based on kawan2 PTD aku kat sini cakap...berasaplaa ko Arif dengan AP bahan kimia pulak....hehehehhe...aku telan air liur jugak..tapi bagi aku okay jerr kerja tu....memang tuff tapi yang penting tak perlu ngadap bos sangat, lagipun all verification ikut sistem software MITI..so tak perlu on paper sangat...aku just perlu verify dan bagi undersign aku....cumanya yang aku risau time buat paper processing project nanti..aku diberitahu oleh roommate aku kat sini En. Azlan (nama prof'l) kat sini boses each level memang strict...yang teramat sangat....tak kira level semua strict....huhhuuh...berdebar jugak aku...


First day masuk ke department tu aku takut jugak, takut tak leh diterima dek staff, namun bila masuk jerr bahagian aku tu, syukur pulak all staff sangat professional walau pun ada PTD yang ala2 kekwat jugak..maklumlaa...senior dengan junior, who is better...by the way, aku pun tak heran langsung tentangtu..yang aku tahu, asalkan aku dapat buat kerja dengan tenang dan komited serta cekap, itu dah kira syukur sangat2....

Tengah Drive dan Settle Bab Rumah Sewa

Sambung lagi citer....lama borak kat situ dan senior aku siap nangis lagi citer bab cinta dia, almaklumlaa cinte pertama....aku pun ala2 sentap jerrr dengor...sedih laaa jugerrr....
Aku terus drive, at first ngantuk gile.....sampai balok, aku lalu bypast naik ke highway yang belum siap, sampai dekat kuantan sikit, aku jalan terus sampai ke highway pantai timur...sampai simpang empat nak ke Segamat-KL-UMP, aku stop kejap sebab senior aku nak mandi dan lunch, aku tibai rojak jerlaa....tapi senior aku makan sup ayam..mahal siut...lepas habis lunch kami teruskan perjalanan,time ni aku isi minyak dalam RM50 before start journey tadi....time masuk tol aku senyum dekat Miss Tol tu...manis jugak orgnye...heheheh saje nak menggatal.....then terus continue drive sampai perhentian Chenor rasanya, ada road block, banyak jugak kete kena tahan, tapi bila time aku lalui jalan road block, nak lepasi sekatan, aku lambaikan tangan pada polis yang dok menjaga tu...huhuhhuhu....sajo jo....ahaks..tetiba polis tu senyum ala2 manja kat aku..ayyo...takut mak nyah.....hehehheeheh...mintak ampun....
then bila sampai tol highway pantai timur aku bayar dulu dalam RM19.90, then bila sampai karak aku bayar pulak RM5.00 macam tulah jumlahnya...mahal jugak laa tol tu dalam RM25 hinggit, gilo....bila sampai ke perkampungan cine....dekat area genting sepah tu...aku berhenti isi minyak BP, letak dalam RM30, sebab aku punya lampu tangki dan menyala, sebab before masuk KL kena daki bukit, yang memang menjadi kephobiaan aku.....

Adik aku si Akmal, dok call tanya ada kat ne..mak de aku pulak dok massage minta aku singgah rumah Mak teh aku dekat Selayang before teruskan perjalanan ke Dengkil, ops lupa nak beritahu, aku lepak rumah senior aku malam tu....thats why....aku ingat nak pegi keesokan jerrr tapi tetiba makteh dan mak de aku dok pujuk minta aku singgah, then aku pun singgahlaaa..ke situ....habis makan malam baru bertolak, mak teh aku memang stay KL sebab husband dia kerja situ (putrajaya), manakala mak de aku, stay sementara rumah mak teh aku /kakak dia tu, untuk rawatan penyakit kanser Payu dara dia....huhhhuhuh...entahlaa risau jugak aku....lepas kul 9.30 macam tu, i mean lepoas solat jamak Maghrib Isyak dekat rumah senior aku, kami sambung perjalanan ke Dengkil...aku drive u olz sepanjang jalan...penat gile...nak tercabut belakang aku sakit dan penat.....
Aku akan daftar masuk kerja 26/11/2007, means ada satu hari lagi untuk aku prepare....yang aku pening tu ialah tentang tempat tinggal...senior aku ajak nyewa rumah dia since dia stay sorang2jerr...bayar berapa pun dia tak kisah...tapi aku terfikir juga, tempat kerja aku dekat Kompleks kerajaan Jalan Duta...jauh tu beb, sejam perjalanan, berasap aku pagi2 nak drive awal2 Subuh...so aku plan nak cari rumah atau bilik sewa dekat sikit dengan tempat keje...posting aku dekat MITI, Ministri of International Trade dan industri, macam aku cakap sebelum ni..dekat tempat posting dimana bosnya makhluk paling lazer di alam maya ini....
2 malam aku stay menumpang rumah senior aku, kesokannya lepas puas rehat, kami pergi ke Alamanda, shopping barang dapur, senior aku nak masak spagetti..terfikir jugak aku..macammana dia nak masak agaknya...dia beli umang2, dan udang.....then masak untuk makan malam....okay jugak..masakan dia....aku makan sikit, sebab takut gemuk, maklumlaaa menatang spegettu ni cheese based so mahunya taknaik berat badan....aku taksanggup menanggung risiko....
Malam tu aku tido awal....tapi kami sempat berbincang nak cari rumah sewa esok....tetiba pagi aku teringat nak call kawan baik aku si Azmi (memang nama sebenar)...tetiba dia rekomenkan aku kepada kawan dia...so aku dapat rumah sewa RM120 sebulan dekat taman aman putra, dekat Jinjang Utara, lebih kurang taksampai 15 minit dari tempat kerja aku...so aku decide nak pindah situ...kalau aku stay dengan senior aku dekat Dengkil, jauh beb, minyak memang melambung laa, dengan tol dalam RM15 sehari pergi balik, bangkrap aku....
Kalau stay dekat rumah baru tu...aku perlu bayar RM120 sebulan, deposit sebulan, rumah tu rumah ala2 flat laa 3 bilik...bawah flat tu lengkap dengan kedai gunting, Ciber Cafe, kedai runcit, kedai makan..malah parking pun secure dengan ada guard lagi..persatuan rukun tetangga flat pun aktif buat pengawasan waktu malam, suraupun dekatlaaa jugak...hanya selang blok jerr...so apa lagi....jarak dekat dengan tempat keje...tak perlu kena tol berpuluh hinggit..malah nak kerumah makteh aku dekat selayang pun dekat, nak shopping pun dekat...ada Tesko, Carrefour malah Jaya Jusco dekat sangat dengan rumah ala2 flat tu..hosuemate pun okay, jenis pembersih....hiasan dalaman rumah cantik laa jugak, bebudak tu buat hiasan kontemporari, banyak guna colour krim dan lembut, okaylaa...bilik aku pun ala2 luas jugak, nanti aku ambik pic dalam rumah aku masukkan kat sini ek.....

Yang Pertama


Assalamualaikum....

Lama tak menulis....sekarang blur pulak rasa aku bila sesekali memulakan coretan yang entah berapa lama aku tinggalkan...

Sekarang ni aku dah memulakan hidup baru sebagai perantau...by today pun sudah genap sebulan dan 4 hari aku resign dari Bank Islam, tak terfikir jugak sebenarnya untuk resign, but satu aku nak beritahu, before this aku pernah bermimpi dalam2 tahun lepas gitu, aku mimpi aku resign dari bank dan memulakan kerja di suatu tempat yang mana semua orang berbangsa lain dari aku.....

Suatu kejutan bila last2 mimpi aku jadi kenyataan, yo yo ooo jerr....aku kini dah lebih sebulan start keje as PTD, Pegawai Tadbir dan Diplomatik...lepas habis kursus induksi dekat INTAN Wilayah Utara selama 10 hari aku tetiba pulak dapat posting dekat KL, MITI, tempat Kak Dah, Dato' Seri Rafidah Aziz....fuuuhhh mula2 berdebar jugak tapi lama2 aku suka kerja di tempat mak cik lazer ni....


Nak kata rindu dekat tempat kerja lama tu, rindu jugak, tapi paling menyayat hati adalah rindu dengan kawan2 lama kata sana...Suhana, Nazihah, Nazrie, Suriani...Kak Ta, dan ramai lagi member selazer kat sana....masuk tempat keje baru ni satu pengalaman baru buat aku yang memang baru acu2 nak insaf ni....kat sini semua orang komited kerja, buat kerja jer..maklumlaa stay dekat bahagian operations lagilaaa berasap, task dekat sini lebih kurang macam dekat cawangan bank2 mana2, habis kerja petang terus boleh balik...best jugaklaa..tak perlu fikir benda pelik2, nak mengamuk dekat bos pun tak sempat sebab kepala dah stay dekat rumah dah...


aku punya perangai ni ala2 poyo sikit, kadang2 acu2 nak balik rumah jerr aku terus meroyan ke KLCC, saya nak lepaskan gian tengok wayang, maklumlaa tempat asal aku Ganu nung, tak de wayang, nonton laa aku sorang diri dengan konfiden nye...lantaklaaa....

Time mula2 kerja dalam 2 minggu memang hancur sikit hidup aku....heheheh..ni nak start story telling ni...aku bab bercerita memang tak leh nak stop....

aku datang KL dari Ganu, dengan confidentnye driving, ingatkan aku datang sendirian, nasib baik ada sunior Uitm aku temankan....sokami berdua bertolak ke KL dalam kul 9.00 lebih macam tu pada hari Sabtu 24/11/2007, ingat nak bertolak kul 11.00 pagi ke hape, tapi mak aku dok pot pet2 suruh bertolak awal since aku tak check lagi kete aku, entah elok entah tidak, aku memang risau jugak,since ini adalah perjalannan driving aku kke dua terjauh dalam hidup aku yang esok hari nak sambut besday ni....(jangan lupa besday aku setiap 13hb December), before this aku pernah drive ke JB.....time tu dengan kakak angkat aku Kak Yati...biasalaa pergibuat skandal kat sana...

back to the story, aku driveleee ke kedai tayar nak check kete aku, kena dalam RM50 jugak, kena tambah air bateri dan tambah minyak injin, huhuhuhu......aku paling risau adalah tayar kete aku tu...yang memang botak dah ke empat2nye, nak tukar tak cukup duit..maklumlaa...keje bank islam keje sia2 tanpa bonus ...so gasaklaa aku...nak puji tempat keje lama pun malas sebab hak aku pun macam dirampas dan dinafikan....apa pun aku malas nak kutuk2 ni takut ada yang hangin tak pasal2 nanti ahaks....

Lepas checking kete tu, kami (aku dan senior aku) kami bertolak ke KL, lalu jalan pantai, masuk dungun, kami dok borak jerr sepanjang jalan...aku belok masuk ikut jalan Sek. Sultan Ismail Dungun, sebab nak masuk bandar Dungun, nak tunjukkan kepada senior aku perkembangan dungun lepas kami graduate...then aku pusing ke Uitm, saja nak mengfeelinkan diri....tempat banyak kenangan manis,...sampai ke sura ujung, dekat hujung Uitm, kami beli goreng pisang, tapai, dan keropok, banyak tuh.....bro senior aku makan keropok jerr..aku melantak dengan goreng pisang, risau jugak takut rosak diet aku...heheh..tapi tak habis jugak kami membaham benda alah tu..then senior aku citer lerrr tentang pengalaman cinta pertama dia di Uitm....heheheheh....that is other story....kalau aku cite kang, marah pulak Bill Gates sebab habis kan memory internet ni.....
then senior aku bawak keluar camera dia, dia nak ambik pic katanya nak buat kenangan....tapi langsung bila nak start tekan flash jerr bateri pulak tak de....poyo sangat...last2 kami makan goreng pisang, tapai dan keropok tadi...lama jugak lepak story2 kat situ..ala2 feelin2 tepi pantai sura ujung, area bukit manyat tu....











Sampai Syurga