Ini pandangan abg as suami yang kayu dan tak romantik langsung.
WALAU SUSAH MACAM MANAPUN NAFKAH TETAP KENA BAGI
Nafkah
itu (zahir atau batin) adalah penghubung dan pengikat hati pasangan
suami isteri, andai si isteri merelakan suami tak bagi nafkah kepada
dirinya terutama nafkah zahir atas alasan isteri itu mampu tanggung diri
sendiri atau nak ringankan beban suami, trust me, si isteri itu telah
menambah satu risiko kemusnahan psikologi dalam rumahtangganya kerana
lelaki akan pandang mudah bab tanggungjawab dan tak mustahil akan guna
duitnya utk orang lain yg tak layak (orang ke tiga
(nauzubillahiminzalik)...sebab itu Islam amat menekankan seorang suami
utk tetap memberi nafkah kepada isterinya mengikut tahap keperluan wajib
yg selayaknya seorang isteri patut dapat walaupun gaji isteri lebih
besar atau isteri lebih kaya dari suami kerana nafkah ini penghubung
hati dan pengikat rasa tanggungjawab seorang suami kepada
rumahtangganya. So betullaa tindakan kamu tu dik...tapi ramaije wanita
bodoh bajet suci dalam duniani sebab nak jadi isteri solehah, terus
berkorban segalanya, end up suami curang juga akhirnya sbb rasa mudah
bab tanggungjawab kerana ada org sayang gila bodoh level membuta tuli 7
petala bengap dekat dia...itu bukan isteri solehah tapi itu isteri
bodohah...isteri solehah itu ialah isteri yang bijak memainkan peranan
dalam rumahtangga, yang sentiasa berusaha penuhkan ilmu dan kefahaman
bab tanggungjawab dia as ibu dan isteri dan hak dia dalam rumahtangga
dan ilmu tanggungjawab suami serta tahu batas ketaatan kepada suami,
isteri solehah bukan seorang isteri yang menyerahkan segala2 kepada
suami, bila suami buat hal, curang, berzina atau culas nafkah terus
terima segalanya dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sebab:
" Akak redha dik, dah bahagian akak, akak tak nak anak2 kehilangan kasih ayah kalau kami berpisah."
Oh
Allah, kebodohan apakah ini? Padahal suami tu kaki zina dan kaki dosa
macam2 yg tak layak dibuat imam untuk wanita itu dan anak2nya pun, dan
tak layak dijadikan ketua keluarga mahupun contoh pemimpin teladan
kepada anak2nya sekali pun...hish,
Abg ni kenal
sangat kaum abg ni dik...sebahagian besar lelaki bergelar suamini kalau
isteri lepaskan kewajiban suami beri nafkah samaada melalui kongsi
belanja dgn isteri atau isteri tanggung diri sendiri, lelaki akan ambik
mudah dan buat tak endah bab tanggungjawab atau sesuatu kewajiban
nafkah dia kalau dia rasa ada org back up atau cover kewajiban memberi
nafkah dia...
Bila suami curang akibat isteri yang
terlebih pemurah dan redhakan suami tak bagi nafkah dan tak jalan
tanggungjawab kewangan keluarga, jangan salahkan Allah SWT atau takdir
kerana itu salah isteri dek kebodohan si isteritu padahal jalan untuk
bahagia itu jelas mengikut apa yang Islam tetapkan. Tanggungjawab
memberi nafkah dalam rumahtangga tetap suami bukan isteri
ye...haish...geram sungguh kalau ada para isteri macamni...
Jangan
beralah sangat bab nafkah takut nanti tempah madu je...kerana bila
suami berasa dia mampu dan duit banyak dan suami tak tahu nak guna ke
mana lagi sebab isteri dah mampu tanggung diri sendiri, so dia akan
rasa bebas dan mudah nak belanja sesiapa saja termasuk wanita murahan di
luar sana, dari belanja kecik2 terus belanja kahwin ke dua dan
selamanya jadi bebanan baru dalam rumahtangga, wahai para isteri,
baiktu biarlah bertempat, jangan bajet suci sangat...hati2ye
Ariffatri Bin Mohammad Orked Ayu
sebabtu bila kita ikut apa yg Allah SWT dah tetapkan dan aturkan bab
tanggungjawab nafkah, di situ akan dibuka pintu rezeki, asalkan suami
menjalankan kewajiban dia dan tak mengharapkan isteri semata2...kalau
setakat isteri top up mana tak cukup
bila suami dah keluarkan semua belanja tu oklaa tapi bukan selalu,
hanya bila diminta, dan bukannya sampai isteri terus offer diri redhaje
suami tak bagi nafkah atau tak cukupkan nafkah rumahtangga dan anak2,
isu nafkah ni amat sensitif sebab penekanannya akan menentukan
keberkatan rezeki dan kecukupan rezeki itu kerana itu perintah Allah
SWT. Saya ni Ayu, kalau Atun nak offer guna duit dia atas apa2, saya
terus cakap dan akadkan sebagai Hutang dan perlu saya bayar melalui Atun
tuntut sentiap bulan.... Mmg saya tetapkan macamtu... Tak beranila...
Kena
ingat ye, sekali suami makan duit isteri tanpa adil, suamitu dah tutup
banyak pintu rezeki...sebab apabila berkahwin sahaja seorang Lelaki
Muslim itu, maka Allah SWT membuka satu pintu rezeki utk dia melalui
isteri dengan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami... Dan bila
dapat anak dari perkahwinan itu, setiap seorg anak akan ada pintu
rezeki masing2 asalkan suami itu tak culas memberi nafkah dan sedar
rahsia rezeki Allah SWT melalui keadilan dan tanggungjawab dia sebagai
ketua keluarga dan suami... Ingat senangke jadi suami...
Kalau dia poligami, lagi tambah beban tanggungjawab dia untuk
ditanggung, sebab tu ayat poligami Berkahwinlaa 2, 3 atau empat tapi
kalau tak mampu, cukuplah satu... Ayat itupun tak menggalakkan poligami
namun membenarkan berkahwin lebih dari satu sehingga 4 jika mampu,
kalau tak mampu tapi tetap buat, tunggulaa khifarahnya dari Allah SWT,
yg sakiti hati isteri cara tak adil lagilaa susah nak berkat hidup,
inikan pula yang tak adil bila poligami... So better jangan poligami
sebab tak mudah, lebih banyak keburukan dari kebaikan... Kalau tak
mampu, pasti lagi datangkan mudarat adalah, sebab kasih sayangni bukan
mudah nak dibahagi, anak2 lagi... Tambah lagi anak2 masih kecil yang
perlukan kasih sayang ayah mereka... Kalau anak tak cukup kasih sayang
dan didikan sbb ayah poligami... Semua itu akan dipersoalkan...dan
antara sebab majoriti lelaki masuk neraka kerana perempuan ialah kerana
gagal adil dalam poligami termasuk adil dari segi kemampuan...tak de
penyakit cari penyakit... Kalau seorang lelaki itu tahu betapa dasyatnya
setiap suami disoal tentang setiap tanggungjawab yg dilaksanakan
didunia bila diakhirat kelak... Pasti tak de siapa berani nak
poligami... Sebab umpama tambah beban pada diri dan risikokan amalan
bekalan akhirat takut tak mampu support diri di depan Allah SWT. Macam
org bekerja, gaji sama kalau satu kerja... Tapi dia tambah dua kerja
dengan gaji tak naik dan tak berubah, tapi tanggungjawab bertambah dan
kesukaran kerja itu juga bertambah... So cedik ke atau bodohke tu?
Poligamini kalau suamitu tak mampu tapi buat juga hanya akan bahagia di
duniaje... Diakhirat nanti baru tahu langit tu Tinggi atau rendah... Ada
org pernah offer saya poligami.. Tapi saya cakap, "tak de masa dan
kerja pula aku nak ulang alik dua rumah setiap selang seli... Buat penat
dan bebanje... Malaslaa nak tambah beban hidup... Cukuplaa satu,
asalkan dah penuhi tuntutan agama bab kahwinni..."
No comments:
Post a Comment