Total Pageviews

Tuesday, December 11, 2012

ISTERI IMPIAN









MENGIMPIKAN

PAGI tadi ketika fast walking aka. jogging dengan my Makteh dekat Tasik Metropolitan Kepong, sempat makteh ceritakan tentang seorang isteri kepada salah seorang saudara mara kami yang menyebabkan makteh kagum sangat...walaupun bertaraf menantu tapi sejak disaksikan makteh apa yang dia buat menyebabkan makteh respect dia hingga kini....

 


Suatu ketika dahulu time hari raya, kami sekeluarga berkumpul....then begitu juga ada di kalangan sanak saudara yang turut hadir sama, termasuklah pasangan suami isteri ini dan anak-anak mereka dan ibu mereka yang sudah agak tua, kalau anak2 my sis akan panggil moyang....

then bila tiba time makan, si menantu ini bertanya kepada ibu mertuanya bila tengok ibunya berhenti makan walaupun dalam pinggan masih bersisa,
"mak dah selesai makan?",
then si ibu mertuanya jawab,
"mak tak habis makan",

then dengan selamba, si menantu tadi ambik pinggan ibu mertuanya dengan sisa makanan ibu mertuanya, then dia minta izin,
"Mak, biar saya habiskan makanan makye",

my makteh perhati je dengan terkejud, then si menantu tadi panggil semua anak2 dia dan semua termasuk dia makan sisa makanan dalam pinggan ibu mertuanya dengan tidak lupa berpesan kepada anak2 dia,
"makanlah makanan bekas nenek ni sebab makanan ni berkat ni"
....then semua anak2nya makan makanan tu...

 
aku yang cepat feeling2 dan kadang terlebih sensitif ni hampir menitiskan air mata lagi.....(baru pagi tadi nangis sebab tengok video islamik dekat youtube, now nak nangis lagi sebab dengar cerita my makteh, hmmmm tak lama lagi jadi Raja Air matalaa nampaknya diri ini)....

Ya Allah, beruntungnya saudaraku itu kerana dikurniakan isteri yang begitu mulia sifatnya....

no wonderlaa selalu aku perhati anak2 kepada pasangan suami isteri itu amat taat, dan zuhud serta bahagiaje hidupnya..rupa2nya rahsianya adalah kesolehan ibunya sebagai isteri dan ketaatan suami isteri itu juga kepada ibubapa mereka samada kandung mahupun mertua......

dan pembalasan Allah SWT kepada hambanya yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya adalah bermula di dunia lagi....dan aku telah menyaksikan banyak bukti yang menunjukkan janji Allah SWT berkaitan balasan terhadap anak2 samada yang berbakti mahupun yang menderhakai ibubapanya memang benar belaka dan menjadi kenyataan....dan sesungguhnya setiap janji Allah SWT itu benar, dan nyata semuanya...dan dialah Allah SWT yang Maha Menepati janji...

di sini, aku bukan nak compare sesiapa, cuma nak berkongsi perasaan kagumku dan syukurku di atas kebesaran Allah SWT yang ada disekelilingku....aku berdoa semoga si isteri dan suaminya serta anak-anaknya itu sentiasa diberkati dan diredhai Allah SWT serta sentiasa dirahmati Allah SWT di dunia dan di akhirat....

 
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT....AMIIIINNN

No comments:

Sampai Syurga