SEGAN....
Tetiba terasa segan dengan seorang pakcik time solat Isyak berjamaah di masjid area Selayang tadi, dia solat di sebelahku...aku perasan, dia tak baca apa2pun, tapi dia tetap berusaha untuk solat berjemaah, in fact setiap gerakan dalam solat semua dia buat based on apa makmum lain buat, terperasan matanya melihat kiri dan kanan, kadang2 kepalanya dipusing kiri dan kanan juga utk melihat
Tetiba terasa segan dengan seorang pakcik time solat Isyak berjamaah di masjid area Selayang tadi, dia solat di sebelahku...aku perasan, dia tak baca apa2pun, tapi dia tetap berusaha untuk solat berjemaah, in fact setiap gerakan dalam solat semua dia buat based on apa makmum lain buat, terperasan matanya melihat kiri dan kanan, kadang2 kepalanya dipusing kiri dan kanan juga utk melihat
gerakan makmum lain, dan
banyak jugak pergerakannya dalam solat...dari berdiri dalam posisi qiam
di tengah rakaat...aku tak kata dia solat tak betul atau sebaliknya
kerana yang menentukan solat seseorang itu diterima atau tidak hanyalah
Allah SWT. in fact walau pun pakcik tu pada mata kasar nampak tak betul
solatnya, tapi, siapa tahukan, tetiba solatnya lebih diterima dari aku
yang entah apa2ni or even imam yang mengimamkan kami, mungkin solat
pakcik itu diterima dek kerana usaha dan kesungguhannya dalam
solat....Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayangkan...dia
memiliki segala-galanya, malah keberkatan dan keredhaan itupun milik
Allah SWT. juga.
Apa yang membuatkan aku segan ialah bila
melihat kesungguhan pakcik itu, walau dia tahu dia lemah dalam amalan
solat, tapi dia tetap berusaha untuk solat, in fact solat berjemaah
lagi....aku yang BERAT NANANG nak solat berjemaah ni, malah kadang kalau
nak solat berjemaahje terasa berat badan aku tetiba naik sampai 16
tonne, berat boh!... punyalaa malas, bab bagi alasan tu dan tangguh
tangguh solat jemaah tu aku memang cemerlang juga....entah solat
sendirian aku tu laku atau tidak, entahlah......yelaa takut laa jugak if
incase dalam solat termiss benda2 perlu..tambah lagi...yang aku duk
perasan pakcik tu solat semacamtu pun dah nampak dah kualiti kusyuk
aku...sendiri mahu ingat...but itu pengajaran buat aku...agar sedar
diri....aku tak perfect...and nobody perfect....but serious aku segan
dengan pakcik tu...
Orang cakap, solat berjemaah, di samping
pahala 27 kali lebih besar dari solat bersendiraan, abg angkat aku si
Matahari Biru pernah kata juga dulu, orang yang solat berjemaah, kadang
kalau ada yang terkurang, imam akan cover mana yang patut....tulaa
bagusnya...in fact, tomatninoh kita terkawal dek imam tu punya leading,
kalau solat bersendirian, entah aku ni perasan ke tak atau nyanyuk terus
nak jaga tomatninoh yang memisahkan antara rukun dan bacaan rukun
sesuatu solat, benda wajib dijaga tu boh.........sesekali terfikir,
tinggike kualiti solat aku selamani yang kalau masuk umur aku yang bakal
genap 32 tahun beberapa hari lagini, berapa dah penerimaan yang aku
dapat? adakah solat aku hanya sekadar buat utk lepas tanggungjawab atau
buat dan dapat segala yang siimpikan setiap orang islam; solat diterima
AllahSWT serta mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT....
Bila difikirkan balik dasyat jugak darjah keterukannya kalau diikutkan perhitungan sendiri, bab diterima atau tidak aku serahje kepada Allah SWT. cumanya, bab pahala siket tu....sedih dan sadis rasanya di hati.
Bila difikirkan balik dasyat jugak darjah keterukannya kalau diikutkan perhitungan sendiri, bab diterima atau tidak aku serahje kepada Allah SWT. cumanya, bab pahala siket tu....sedih dan sadis rasanya di hati.
Well kawan2 just sharing apa yang aku rasa ketika ini....maklumlaa sejak nak genap umur 32ni, makin sensitip...serba serbi rasa terkurang, serba serbi rasa semacam....selalu terfikir, kalau dah 30 macam ni umur aku, berapa tahun lagilaa aku boleh hidup....kalau beli rumah time umur2 macamni, berapa tahunje laa aku merasa tinggal, ....in fact selalu aku terbayang, if mati, tetiba jasadku dikuburkan, dengan aku lena di alam sana....tak terbayang rasa takutnya, gelap tu...(sebab tak tahu kubur aku terang ker atau gelap, based on amalan hidup, mcm tak confidentje sebab terasa tak layakje utk dikasihani dengan keterangan mcmku harapkan itu, but aku mmg nak sangat rahmat Allah SWT bila kembali kepadanya nanti)...
Sedih bila memikirkan.....dengan amalan yang
silamnya, memang malas nak cari lebih buat bekalan, terasa juga
rugi...rugi sejak aku baligh dan mumayyiz, rugi sebab sia2kan masa2
bilamana fikiran aku ni masih suci llagi utk jadi hafiz (sekarang? hanya
Allah SWT sahaja yang tahu), rugi sebab selalu sangat aku biarkan
Malaikat Atit buat kerja lebih masa untuk catat amalan sia2 aku yang
merugikan termasuk dosa yang aku sendiri lumurkan pada kesucianku sejak
lahir bilamana aku dikurniakan taraf mumayyiz serta akhil baligh oleh
Allah SWT....sedangkan Malaikat Rokit, duk mencari je belah mana nak
tolong aku, agar ok catatan belah kanan aku.....ruginya aku.....tulaa
just sharing secebis apa yang aku rasa kan ketika ini....si tua yang
lemah serba serbi ni termasuk gemalai....but aku redha....kalau itu
sifatku...susah nak uboh boh.....
Yang penting, SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment