Syukur harini petang, 4 Disember 2012....Allah SWT amat
memahami kedudukanku dan juga keadaanku....tadi dalam baki akaun gajiku
hanya tinggal RM26.++....hati terasa sedikit gundah, duit belanja dlm
poket cuma ada RM50 lebihje.......sempat tak ni nk bertahan sebelum
masuk gaji bulanni?
Aku sedar, gaji yang aku terima baru2ni untuk bulan November 2012
banyak aku gunakan sebab terpaksa, untuk medical check up disebabkan
kesihatanku, belanja pulang ke kampung, malah banyak lagi keperluan lain
di samping kehendak-kehendak lain yang sentiasa menginginkan aku
berbelanja juga...
But tetiba tadi ada seseorg sms minta nombor akaun utk melangsaikan
hutang duit yg dia sejak lama pinjam dariku....aku tak pernah meminta
dia bayarkan, cuma dulu seingatku, aku pernah cakap, if dah ada duit dan
mampu, bayarlah, kalau tak de tak pelah,
In fact tadi aku tak terfikirpun akan ada orang nak langsaikan
hutangnya padaku, walaupun terdetik dalam hati risau sebab duit
belanjaku pasti tak cukup...RM26.++ dalam akaun, dan RM50.++ dalam
poket...awal bulan tuh...sedangkan tarikh gaji terbaru lambat
lagi...claim pun kalau dibuat paling awal 14hb baru dapat....(syukur
sebab bahagian kewangan office aku amat cekap dalam pemerosesannya) but
itu kalau aku hantar claim dan ni pun nak tak nak tetap kena tunggu
prosedure hari ke 14. sekarangni pun aku tak anta lagi claim sebab
tunggu tarikh submit 10hb.
Yang pasti, selepas menerima sms itu, aku terfikir, dan tersedar,
Allah mendengar dan mengetahui keadaanku walaupun sekadar terdetik di
hati...aku sedar juga bahawa Allah SWT sentiasa mengikuti setiap inci
dan saat perkembanganku...bukti kebesaran dan kekuatan cintanya kepada
hambanya....
syukur Ya Allah....kerana kau tidak pernah membiarkan hambamu di
dalam kesusahan...ada sahaja bantuanmu yg tanpa
disangka-sangka....syukur sangat-sangat......
Walaupun cara hidupku tidak semewah mana dan walau aku mampu untuk
hidup dalam semua kemewahan itu dengan pendapatanku tapi aku bersyukur
dengan jalan yang Allah SWT tetapkan buatku....aku redha....
Yang pasti, apa yg membuatkan aku amat terharu bila jarak masa
antara aku mengetahui jumlah baki duit dalam akaunku yg RM26.++ dan dlm
poket RM50.++...dengan masa aku tetiba menerima sms untuk orang
melangsaikan hutangnya denganku hanyalah dalam lingkungan 45
minit....begitu cepat pertolongan Allah SWT. Aku takkan berpaling
darimu lagi Ya Allah SWT kerana aku sentiasa tahu bahawa kau sentiasa
memerhatikanku dan memahami serta menyayangiku....
Aku bersyukur, kerana banyak kali juga Allah SWT membantuku dalam
keadaan yang aku sendiri tidak jangkakan. Dulu, aku pernah kesuntukan
duit dek kerana over spending disebabkan kealpaanku sendiri, dan
kesilapanku sendiri, tapi tetiba Allah SWT membantuku, tidak semena2
dalam masa tak sampai sehari, ada orang menelfonku meminta mengajar
Yoga, apa yang menakjubkan, bayaran yang diberi bukan selepas sebulan
atau selepas habis tempoh aku mengajar, tapi in advance, maksudnya
sebelum kelas bermula....malah aku dibayar lebih dari keperluanku, yang
paling menakjubkan, aku hanya perlu mengajar selama sejam seminggu
dengan bayaran RM200 setiap jam in fact semua dibayar secara advance
dan aku amat bersyukur kerana semua itu kurniaana Allah SWT, terima
kasih juga buat sahabatku yang merecommendku...takkanku lupakan setiap
jasa itu...semoga Allah sentiasa memberkati, meredhai dan memudahkan
setiap urusanmu, aku bersyukur dan tidak menyangka betapa besar dan tak
terjangka langsung bantuan Allah SWT itu datang....aku benar-benar
bersyukur......semua membuatkan aku malu sendiri dalam terharu, jika
nak dibayangkan dengan dosa yang aku pernah lakukan yang melumuri
setiap inci badanku, terasa seolah-olah tidak layak untuk aku menerima
semua ini, tapi aku sentiasa memerlukan semua itu, aku sentiasa
mengharapkan segala-galanya hanya daripada Allah SWT, meletakkan segala
nasibku kepadanya, dan menyerahkan segala-galanya kepadanya dan
mengikut dan menerima setiap apa yang ditentukan olehnya buatku
disamping berdoa memohon perlindungannya dari sesuatu yang boleh
mengganggu kehidupan aku dan semua yang ada disekelilingku....apa
sekalipun, aku amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku tahu Allah
SWT sentiasa mendengar luahan hatiku, menerima doaku, dan memakbulkan
doaku....dan itulah bukti bahawa dia memang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, dan aku yakin serta pasti semua mengalami dan merasai cinta
dan kasihnya yang Maha Agung itu...walau dalam apa cara sekalipun, dia
tetap yang terbaik dalam Menyayangi, malah yang terbaik dalam
Menyintai.....malah yang terbaik di dalam segala-galanya....
Kisah yang lain yang membuatkan aku sentiasa memikirkan dan
mengingati betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. dan betapa besarnya
pengaruh Allah SWT dalam mencorakkan hidupku agar aku sentiasa
muhasabah dan sedar akan kelemahan dan kekuranganku adalah bila kereta
Wiraku dicuri dulu...time kursus PTD DPA pada tahun 2008, actually
time tu kereta aku memang bermasalah sistem komputer dalaman yang asyik
padam signalnya atau gagal menyala signalnya, dan aku terdetik juga
risau tentang kos untuk membaiki masalah keretaku, sebab mana tahu time
drive tetiba keretaku mati tak semena mena atau bermasalah lain,
maklumlaa, aku ni species driver tahu naikje...tak tahu apa2 bab parts
atau dalamannya, kos untuk baiki pasti tinggi, kalau guna duit sendiri,
pasti beribu, sedangkan aku tidak mampu.....but tetiba bila aku
dimaklumkan ibu saudaraku ketika di latihan DPA untuk polis, bahawa
keretaku dicuri....aku pelik kerana aku boleh tenang tanpa rasa
gundah....(ini suatu bantuan Allah SWT yang mengurniakan aku ketenangan
dan kesabaran serta semangat menghadapi kehilangan- aku sendiri pun
pelik saat itu inikan pula sahabat dan adik beradikku yang turut pelik
melihat aku tidak menunjukkan kerisauanpun mahupun rasa susah hati),
keretaku hilang beberapa bulan dan beberapa bulan itu lah aku merasai
kesukaran juga pergi kerja naik bas dan teksi berulang dan dalam
pengalaman itu, aku banyak belajar dan mengenali insan2 baik2 dan
pelbagai ragam manusia di sekitar rumahku yang kalau sebelum ini dengan
kereta aku takkan pernah berpeluang mengenali dan mengetahui mereka,
namun dengan kehilangan kereta itu, aku berpeluang merasai kesukaran
orang lain, memerhati kehidupan sekeliling, ibu2 yang bangun seawal
sebelum subuh menghantar anak kesekolah, walaupun sekadar meenunggu
dihentian bas, merasai menumpang ven pasar borong untuk ke pejabat,
malah pelbagai kenangan lain dengan insan2 budiman pelbagai kaum di
sekitar rumahku yang ternyata semuanya memiliki keistimewaan yang
dikurniakan Allah SWT. walaupun mereka dari pelbagai latar belakang,
agama dan kaum...tapi aku dapat melihat kekuasaan Allah SWT dari setiap
pengalaman berharga itu....then selang beberapa bulan, aku menerima
panggilan keretaku ditemui semula, tapi hanya tinggal rangka, cermin dan
enjin tanpa wayar, semua sparepart telah dicuri termasuk kusyen, dan
sekali tengok kereta ku time tu memang selayaknya ke kilang besi
buruk....but keretaku telah diinsurancekan dan dibaiki dengan bayaran
claim insurance...dengan total claim lebih kurang RM12,000, untuk baiki
dan install spare part baru, kerusi dan segala keperluan lain....semua
complete set untuk kereta wiraku...akhirnya bila siap dibaiki, kereta
ku umpama kereta baru, semua sparepart baru, dan semua masalah sistem
komputer dalaman yang sebelum ini merisaukan aku, semua telah dibaiki
malah semuanya baru....umpamanya aku mendapat sebuah kereta baru yang
complete dicat baru, suatu keajaiban lain ialah aku tidak perlu
mengeluarkan walau sesenpun duit untuk membaiki keretaku, semua dicover
insurance dengan izin Allah SWT dan itu kurniaan dan bantuan Allah
SWT...itulah yang mengejudkan dan betul2 membuatkan aku terharu...malah
sehingga kini aku dapat rasakan, saat-saat ketika kereta ku dicuri
sehingga ditemui itu umpama suatu masa yang Allah SWT telah takdirkan
untuk aku belajar berdikari, mengambil pengajaran malah muhasabah diri
dengan setiap pengalaman yang Allah SWT telah sediakan di dalam tempoh
itu untuk aku pelajari dan ambil iktibar agar aku sedar bahawa hanya dia
Maha Berkuasa yang Menentukan segala-galanya dan makhluk tiada
kuasa....dan aku pasti itu selama-lamnya.....syukur Ya Allah ....aku
sangat2 bersyukur kepadamu....
SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment