Total Pageviews

Thursday, December 31, 2009

Good Bye 2009: Tahun yang Penuh dengan Ujian dan Dugaan....huhuhuhu

Tahun 2009, semakin melabuhkan tirainya.
Today i am going to be 29 years old by year for the last day, esok aku akan berusia 30 tahun.
Tahun ni penuh dengan kesedihan. dari kematian yang dialami di seluruh dunia sehingga pengalaman hitam yang amat menakutkan dan menyentapkan jiwa.
Kalau di luar sana, orang bercakap tentang kematian Micheal Jackson, Ustaz Azhari Rabbani, Pelakon Drama Syukri Hashim, malah juga kematian mengejud Pengarah tersohor Yasmin Ahmad, di sini aku sendiri tidak kurang juga dugaan yang aku alami. Bagiku tahun 2009 adalah tahun yang penuh dengan dugaan bagiku yang betul-betul menguji keimanan dan jiwa dan ragaku. Aku harapkan agar Allah memberi lebih banyak hikmah, kebaikan dan rahmatnya di tahun 2010 ini dan tahun-tahun akan datang.
Dari awal tahun kereta Wira SE aku kena curi dan pada masa ni aku terasa juga seksanya tanpa kenderaan untuk bergerak ke mana-mana tambah lagi time tu tengah kursus PTD DPA, then telefon aku pulak kena curi Sony Erricson P1i, payment 0% interest tak habis/settle lagi (January 2010 selesaila), then free je aku bayar bulanan tanpa hp tu, next aku beli Hp Nokia N6400 berharga dalam RM600 ++, ada kamera dan sebagainya. memang cantik. nampak simple tapi comel dan elegent pada mata aku. then during satu meeting, aku dah tertinggal Hp atas meja meeting time pergi discuss dengan salah seorang senior aku. sampai balik bilik aku baru aku perasan aku tertinggal hp, bila pergi semula ke bilik tu ternyata dah tak de....puas aku tanya kawan2 dan pekerja yang ada dekat level tu, tapi semua jawab tak de. huuhuhhuu, memang dah takdir aku ....(tengoklaa pic kereta Wira SE (contoh kereta) yang sama dengan aku, dan Hp P1i serta Nokia N6400 sebagai contoh):


Lebih kurang macam contoh di atas nilaa keadaan kereta aku time before dicuri cuma tayar dia warna putih sebab aku tukar sebelumtu kerana rim proton sebelumni dan bengkok (kata mekanik kedailaaa).

Disebelahni pulak contoh hp Sony Ericcsson P1i aku yang hilangtu, siap dengan pen lagi..... dengan kata lain dicuri time aku tertidur dalam surau time kursus. rasa blur jugak aku time tu.


Ini pulak Hp Nokia aku yang kena curi tu Nokia Hitam 6400 tapi aku just jumpa contoh dari Nokia 6300, sebagai contoh since bentuk serta rupanya sebijik macam hp aku yang kena curitu...sedih nye.....
Time ni juga aku suffer pergi office tanpa transport, bangun seawal 4 atau 5 pagi dan bersiap ke office awal untuk kejar bas pukul 6.00 pagi. Sedih sangat, terkejar, perjalanan ke pejabat kala dengan kereta hanya mengambil masa antara 5 hingga 20 minit menjadi lebih kurang 2 jam lebih. penatnye hanya tuhan yang tahu, dengan peluh malah sebagainya. Bayangkan aku ambik bas dari rumah aku ke Masjid Jamek untuk kejar putraline (kereta api bawah tanah) ke KL Central pukul 7 pagi atau seawal mungkin bagi membolehkan aku naik bas ke Jalan Duta pukul 7.15, memang berpeluh laa pagi tu...sungguh penat dan tak selesa. time balik office pun sama aku terpaksa bergegas untuk kejar bas paling awal di bustop jalan duta. Then kena berdiri pulak sampai Masjid Jamek (kalau nasib baik dapatla seat kalau tak berdirijelaa aku)sampai masjid jamek pulak terus berkejar ke Central Market untuk ambik bas balik rumah....lama jugak perjalanan dengan jem dan sebagainya. hampir lebih kurang 2 jam juga. Ya Allah hanya kau yang tahu perasaan ku.
Kereta aku ditemui semula pada bulan April dan time balik kerja di MITI masih dalam pembaikian. dalam pertengahan bulan June baru aku dapat balik kereta aku. masa time jumpa tu amatlaa menyedihkan, semua spare parts hilang, yang tinggal cuma badan, cermin dan enjin. tayar aku semua jadi tayar ganti. geram dan sakit hati juga. aku sedih since aku kasihan dengan kereta aku tu. then nak kena settle lagi dekat balai polis Dang Wangi. Thanks buat semua pegawai polis Dang Wangi yang banyak membantu memudahkan dan melegakan hatiku yang lara ini.
Tahun 2009 juga aku dapat offer ke Cross Firtilization (bagi aku sesuatu yang amat baik dalam tahun ni) di MATRADE , aku join laa Alhamdulillah sebab aku dapat balik dah kereta aku time ni start 31 July hingga 31 Disember sepanjang program ni aku dapatlaa ke Matrade bertugas dengan kereta aku... kalau tak de kereta nyanya jugak tu.....tapi aku tahu dan Pasti Allah S.W.T tidak pernah meninggalkan aku. malah Allah S.W.T membantuku dalam ujiannya, dipermudahkan perjalanan hidupku. Ketika ini sehingga sekarang, aku hanya mengharapkan keberkatan dan keredhaannya.
Time dekat Matrade ini aku pakai Hp RM95 je sebab dah serik pakai Hp mahal takut hilang lagi, ibuku dah banyak kali nasihat "berjimatlaa, tak perlu pakai Hp mahal2 sebab membazir" dan sejak kejadian hilang 2 hp sebelum ni tu aku dah nekad tak nak beli lagi hp baru. Tapi suatu tengahari time dekat MATRADE, aku, Diran, Kak Wan Haniza dan Kak Bahya (all antara kawan-kawan rapatku di MATRADE) kami telah pergi ke Pertama Kompleks untuk beli barangan untuk telefon Diran, sampai di suatu ruang dalam kompleks tu kami terpisah dan aku berjalan sambil tanya-tanya harga telefon sehingga sampai ke sebuah tempat jual Hp, aku seolah-olah dipukau untuk membeli. Kedai tu cakap Hp sony Ericson G700 yang dijualnya adalah original dan aku seolah2 macam ringan bagi kad kredit aku, dan aku beli dengan harga RM730 ++, konon diberitahu harga tu dah diturunkan then bila aku balik ke office aku cek dalam laman web harga hp, rupa-rupanya harga tu adalah harga biasa hp yang ada di pasaran. sakit hati aku. Infact, time balik bercuti ke kampung aku baru2 ni dari 17 hingga 23 Disember, aku tukar hp aku dengan adik aku (macam jualla walau aku tak ambik duit), tapi aku tak kisah sebab adik beradik, cuma yang aku sakit hati, time aku pergi cek hp aku dekat kedai, tuan kedai beritahu hp aku adalah tiruan atau dengan nama lain AP, memang menyirap aku geram, aku marah dan kecewa sangat. tu penat tu....thats why kalau nak dikira tahun 2009 memang tahun yang amat menyedihkan aku. terasa pedih....
(Nanti aku upload pic Sony Erriccsson G700 AP akutu....huuhuhuhu)
Tahun ni juga aku diseram sindrom loneliness yang agak teruk juga, kesepian dan terasa keseorangan. nak cari pasangan aku ni bukan senang nak bagi komitmen, bagi aku aku suka bebas dan free. tapi ada ketika alangkah baik nye kalau ada seorang wanita yang menjadi suriku. sedih pun ada malah kecewa pun ada dengan diri sendiri.
Ada beberapa lagi perkara berlaku yang aku tak dapat nak cerita kat sini sebab terlalu sensitif dan menakutkan. malah aku dah agak penat juga dalam mengharunginya. hanya doa dan harapan dapat ku tadahkan agar Allah membantuku dan melindungiku dari segala bala bencana dan kesan buruk malah keburukan dari segala yang berlaku. Aku sedar dari setiap yang berlaku merupakan peringatan buatku agar lebih hati-hati dan tawadduk serta tidak melupakan dia di atas sana iaitu Allah S.W.T.
Selalu juga aku berdoa agar Allah sentiasa memberi peluang kepadaku dalam memperbaiki diri dan berusaha menjadi insan yang lebih beriman dan bertakwa. Apa yang aku harapkan kini adalah keberkatan hidup serta rahmat dan keredhaan Allah S. W.T. ke atasku, juga ke atas ahli keluargaku malah semua orang disekelilingku yang sentiasa menyokongku selama ini.
Di dalam setiap kesilapan malah dosa yang aku lakukan hanya satu yangku harapkan, peluang dari Allah untuk aku kembali memperbaiki diri. Niat aku di tahun 2010 ini adalah untuk memperbaiki diri, mempertingkatkan amal ibadah dan amalan kebaikanku yang aku rasakan begitu sikit selama ini, malah aku akan lebih berhati-hati di dalam melakukan sesuatu. semoga Allah mengabulkan doaku dan mengasihiku, memberkatiku, meredhaiku serta mencintaiku dengan lebih lagi. Melindungiku dari segala keburukan serta tidak mengujiku dengan ujian atau perkara yang aku takuti dan sentiasa mengurniakanku kebahagiaan dan kesejahteraan hidup serta rezeki yang murah dan rahmatnya yang melimpah ke atasku untuk aku lebih bersyukur dan memulakan hidup baru di tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang.
Kesimpulannya, tahun 2009 walau pun penuh dengan ujian dan pengalaman yang bagiku agak menakutkan, tahun ini banyak menyedarkan aku dari dosa dan kesilapanku selama ini, tahun 2009 ialah juga tahun yang menginsafkan dan di tahun ini aku dapat merasakan erti cinta tuhan iaitu Allah S.W.T.
Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah serta bantulah hambamu ini dalam meniti kehidupan ini setiap masa samada dulu, kini dan akan datang, semoga aku, ibubapaku, ahli keluargaku, kawan-kawanku serta sekalian umat Islam yang beriman sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmatnya yang Esa....Amiiinnnn.....
Ya Tuhan, Ya Allah.....

No comments:

Sampai Syurga