Total Pageviews

Saturday, December 29, 2007

Sedihnyerrr.....Kete aku tersentap

Huhuhuu...

sedih dan pilu aku....yolaa....hari Rabu yang paling berpuaka sejak aku stay KL, geram aku..Hari Rabu tu aku migrain sejak petang di ofis lagi, termasuk aku ialah si Azlan ofis mate aku pun sama....sakait kepala, ramai sangat client yang kena cater...petangtu..kepala aku tak leh nak sujud langsung bila solat, berdenyut2 gilo macam nak pecah malah aku rasa urat kat kepala aku timbul2 ala2 zombi dalam resident eviltu...



Dek kerana Migrain tu..pada malam tu jugak sesuatu telah berlaku kepada aku…


You know what?, hari Rabu, nak dijadikan umpatan, malam tu, i kuar rumah nak ke area Hotel Kualiti, nak ambik kawan I (junior zaman study dulu, sapa lagi, Si Zamlaaa) datang dari Terengganu sebab meeting, so aku ajaklaa dia lepak bermalam rumah aku, tapi malam tu minyak kete aku naik lampu nak kena isi, aku berhentilaa dekat BH Petrol (formerly known as BP), aku dengan konfidennye, tanpa check dan dengan kepala aku yang berdenyut2, dekat stesen minyak tu, tombol isi minyak ada 2, sebelah menyebelah, yang oren, dan yang hitam, tapi tak bernama, aku tengok harga yang oren RM1.92 ++ per liter, manakala yang hitam RM1.50++, aku pun apa lagi, tanpa fikir panjang, sebab kepala dah sengal sangat teruslaa mengkonfidenkan diri sendiri., “Wow, murahnya minyak tombol hitam ni..RM1.50++ jerrr”.






Teruslaa aku angkat dowzer tu, dan isi minyak tu dalam RM40.00, korang nak tahu minyak apa aku sumbat dalam kete aku? minyak diesel, apa lagi, aku nak start jalan jerrr teruslaaa mati kete aku, tup tap tup tap…aku call my cousin, minta tolong, pucat jugak aku sikit, yolaa takut jugak...kul 12.00 malam,merasa jugak aku, kete kena on tow (tarik) dengan lori, RM90 terbang upah si lori tu, apa lagi loan dengan sepupu laa RM70, aku just ada RM20 jerr dalam wallet, sebab tak expectlaa benda tu nak jadi…then sampai workshop, at first aku ingatkan plak rosak ke hape, aku dok doalaa….agar just plak rosak, walhal aku dah rasa dah mesti benda lain (walau at first aku cuba nafikan yang aku dah silap guna diesel untuk kete aku), so esok nya, bila workshop buka teruslaa diberitahu oleh makanik cine tu…aku silap isi minyak diesel dalam kete, sepupu aku apa lagi, pasunglaa aku malam tu jugak…pak cik aku siap sound lagi…aparaaa PTD, minyak pertrol dan minyak diesel pun tak leh nak beza,….akuni manalah tahukan?


Dekat Terengganu minyak2 ni di asingkan..tak diletakkan disatu tempat sebelah menyebelah…last2 aku kena charge dek workshop tu RM315, upah cuci..dan tukar beberapa komponen enjin…mahunya tak tension, saja2 aku lost RM315 kerana nak jimat minyak murah katanya RM1.50++ per liter….aku tobat laa lepas ni nak just guna minyak shell @ petronas jerr….disebabkan incident tu, satu hari aku tak dapat datang keje…fed up aku...kena stay workshop tu satu hari semalam…tobat aku..aku tak tahu style petrol station KL just by colour jerr differentiate jenis minyak, bukan beritahu, while by right aku pun tak tahu yang kete memang tak leh guna diesel …wakakaka..merasa laa aku azab nyerr.




Then aku tobat laaa nak lebih hati2 atau dengan kata lain, tobat nasuha aku tak nak pegi dah isi minyak dekat BH Petrol dekat Kuala Lumpur, tak sanggup lagi menanggung derita di jiwa nan lara ini.....

No comments:

Sampai Syurga